Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts
Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts

Tuesday, March 9, 2021

Terlalu ramai rakyat marah pemeriksaan ekzos motosikal

 Kebelakangan ini ramai sangat pakar serta perjuang kepada pesalah menungang motosikal dengan berhadapan dengan tindakan undang-undang.  Antara kesalahan yang dipertikai adalah kesalahan melepaskan bunyi bising dan ubah suai kenderaan (motosikal)  Aku sempat semak latar belakang yang memberi komen negtif ini, datangnya dari pelbagai latar belakang tetapi kebanyakan berumur antar 35 tahun dan kebawah pendek kata remaja.  Ada antaranya adalah profesional sehinggalah peringkat sokongan rendah.

Gambar dari website luar

 Setiap kali ada "upload" berita berkaitan operasi maka ramai netizen akan berbahas mengenai tanggungjawab serta isu yang tak berkaitan. Ada yang persoal kenapa tiba-tiba penguatkuasaan dijalankan.  Tidak kurang juga yang membandingkan kepentingan tindakan penguatkuasaan dengan pembangunan yang lain contohnya baik pulih jalanraya dan penyelesaian masalah lain.  Ada juga yang mempersoalkan berapa bilangan kematian yang disebabkan kesalahan ekzos.

Bagi yang tanya berapa nyawa telah hilang sebab kesalahan  bunyi bising dan ubah suai motosikal biar aku paparkan gambar berikut yang aku perolehi di website di Malaysia:

Mat Rempit Dies, Injures Another Person in Illegal Race - BikesRepublic

Motorcycle Racing ends in massive crash - YouTube

 Apa pandangan kau orang adakah yang menyertai perlumbaan haram atau rempitni di kalangan motosikal yang standard kilang? entahlah setaka hari ni yang aku nampak semuanya dah berbeza dari model keluaran kilang yang 'obvious' ekzos dan juga bunyi.  Sebab sikap kurang sesuai anak muda sebeginilah menyebabkan pihak awam mula membuat aduan kepada pihak berkuasa.  Bila dah aduan diterima maka terpaksalah Jabatan kerajaan menjalankan tugas jadi  janganlah disalahkan pihak berkuasa.

Bagi persoalan simpati kepada pekerja penghantar makanan yang mana kenderaan mereka di rampas.  Sebagai manusia ya memang ada perasaan simpati tetapi dalam perkataan PENGUATKUASAAN, ianya terpaksalah diketepikan.  Pernah kami menghantar satu keluarga ke stesen bas kerana simpati apabila motosikal mereka di sita.  Sudah itu kehendak perundangan nak buat macamana.

Aku sendiri sebelum menyertai Jabatan kerajan telah dikompaun kerana bunyi bising sekitar tahun 1994.  Semasa itu aku seorang pekerja kilang di Perai, niat aku untuk menambahkan sedikit kelajuan motosikal RXZ aku ketika itu telah mengundang padah. Ketika itu memang aku berasa marah tetapi dah aku yang membuat pilihan jadi terima ajelah.

JSPT KL Tahan dan Saman Penunggang Motosikal Ubahsuai Ekzos Bising –  MalaysiaGazette
SLM model onosuki berharga antara RM 5000 hingga RM 15000

Ada juga yang lebih berani membuat ujian bunyi dengan peralatan sendiri dan mempertikaikan keputusan ujian yang dijalankan JAS kerana dikatakan bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan yang baru keluar dari kilang.  Konon ujianya telah dilaukan mengikut undang-undang tapi melihatkan meter yang digunakan juga tidak termasuk dalam kategori di dalam undang-undang.  Tiada kalibrasi sirim apatah lagi menjalankan ujian di dalam bangunan.

Dalam operasi sepadu yang dijalankan oleh JAS, JPJ, Jabatan Trafik sebenar semua kesalahan akan diambil kira tiada lesen, pemandu mabuk, tiada cukai jalan, cermin gelap, serta perundangan yang lain.  Tidak timbul kata operasi hanya menumpukan bunyi dan ubah suai motosikal sahaja.  Apa sahaja kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan undang-undang malah kadang kala pendatang haram, penyeludup serta penagih dadah juga ditangkap semasa operasi sepadu yang disertai jabatann yang terbabit.

Dalam isu yangdigembar gembur ua tiga hari ini adalag BUNYI BISING dan UBAH SUAI.  Perlu dingatkan JAS hanya menguatkuasa perihal bunyi bising iaitu Peraturan Kualiti Alam Sekliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2000.00 atau disabit kesalahan bawah Akta Kualiti Alam Sekliling 1974 bolehdidenda sehingga RM 100 000 atau 5 tahun penjara. sekali tagi di tegaskan JAS hanya menguatkuasa kesalahan menghasilkan bunyi bising sahaja.  Kalau sesiapa membuat ubah suai kenderaan atau ekzos tetapi bunyi tidak melebihi standard dia tetap tidak salah di bawah AKAS.

Modifikasi Ysuku cabar pihak berkuasa

 Berbeza dengan pihak Polis dan JPJ mereka mempunyai bidang kuasa dalam perihal ubah suai kenderaan.  Dalam peruntukan undang undang yang dikuatkuasakan jabatan ini berbeza, anda ubah suai kenderaan walaupun tiada bunyi bising juga adalah satu kesalahan.  Jadi kena faham baik baik sebab apa ubah suai ini adalah diharamkan atau salah kepada undang undang.

Jangan ingat semua kendraan yang masuk ke dalam pasaran secara halal berlaku sewenang wenangnya.  Peringkat kebangsaan, ada Jawatankuasa yang akan mengkaji terlebih dahulu model kenderaan yang akan memasuki Malaysia kalau tidak silap dikenali sebagai bahagian VTA.  Tidak kira apa jenis kenderaan dari SYM hinggalah Ducati.  Semua spec kenderaan telah tertulis jadi sebarang pindaan tanpa kelulusan adalah UBAHSUAI HARAM lah.   Jadi kenapa nak buat buat pandai buat video bagai dan dok salahkan orang lain undang-undang dan peraturan itu dah ada lama dan ianya tidak menyebelahi sesiapa.

GARIS PANDUAN KELULUSAN JENIS KENDERAAN (PINDAAN) 2017Sekian buat hari ini aku akan sambung lagi nak cerita  pasal bunyi dan dB (decible) pada hari yang mendatang

Bagi siapa yang nak mengutukpun silalah tapi siapa nak balajar sila aje rujuk google... cepat.

Tuesday, June 4, 2013

Teknologi Hijau (Green Technology)




Salam untuk semua,

Hari ni aku ada email baru dari Ketua Jabatan aku berkaitan Green Tech.  Satu pekara yang telah lama dibincangkan diperingkat antarabangsa tetapi jarang-jarang kita ambil tahu.  Jangan kata orang awam tetapi aku juga kurang arif berkaitan pekara ini bukan aku tak mahu tahu tapi sebenarnya ianya di bawah perlaksanaan Kemnterian yang lain.  Tapi setelah diarahkan, aku terpaksa mencari maklumat lengkap berkaitan pekara ini apatah lagi Jabatan aku ni telah melancarkan  "Meja Nasihat Teknologi Hijau", jadi kalau aku tidak tahu bagai mana aku nak menceritakan pekara ini pada umum.

Secara istilahnya maksud 'green technoloy' ni hampir sama dengan 'Cleaner Production'.  Kata kunci di dalam istilahnya adalah teknologi dan hijau, secara kasar ianya membawa maksud teknologi yang mesra alam begitulah adanya tetapi teknologi disini sebenarnya merujuk kepada 'pengetahuan, ilmu dalam penggunaan sesuatu bidang' dan hijau sudah semestinya merujuk kepada kelastarian terhadap alam sekitar.

Apa bila kita bercerita tentang ilmu sebenarnya ianya adalah satu proses yang tidak pernah ada penghujungnya.  Bermula dari proses pembelajaranya kepada proses perlaksanaan dan kembali kepada proses penambah baikan.  Ilmu ini juga di sokong dengan kajian dan pendokumentasian yang kekal serta tepat.

Kelestarian alam sekitar pula adalah satu isu sejagat yang menjadi tanda aras kejayaan sesuatu teknologi itu dibangun dalam mengejar kemajuan sesuatu negara tanpa menekan keadaan serta kualiti persekitaran semasa. Jadi kita tahu kini teknologi hijau ini adalah berkait langsung dengan aktiviti yang diperkenalkan terdahulu dalam prinsip berbeza iaitu Cleaner Production dan sekiranya anda faham maksud progam tersebut anda akan turut faham isu 'Green Technology' ini.

Prinsip yang digunakan dalam perlaksaan adalah mudah prinsip "Cradle to cradle" yang mana mengakhiri prinsip yang digunakan dalam kosep alam sekitar terdahulu iaitu  "Cardle do the grave".  Ini adalah menampakan lagi sistem pembanggunan yang lebih mampan atau lestari.  Dulu kita mengambil pendekatan pengalan sehingga ke peringkat pelupusan tetapi kini ianya berubah Pelupusan bukan lagi satu penamat dalam teknologi tetapi boleh menjadi satu lagi jenis kitaran pemulan bagi teknologi yang lain.  Contohnya bahan buangan sesuatu teknologi mungkin boleh menjadi bahan mentah kepada industri yang lain dan dengan cara ini kita akan menyelamatkan sumber asli yang ada sekaligus akan menurangkan komplikasi di masa hadapan.

Bagi pengamal 'Green Technology' keuntungan bukan lagi menjadi satu-satunya objektif syarikat tetapi disamping mendapatkan keuntungan element pencemaran turut diambil berat. Elemen pencemaran ini juga bukan lagi menggunakan kaedah 'end of paip management system'  sebaliknya pekara pencemaran telah diambil kira dalam sistem pengurusan.  Mengawal penghasilan buangan sebenarnya memberikan keuntungan kepada industri serta juga alam sekitar.

Bagi memastikan kesinambungan teknologi dapat diteruskan dan objektif terlaksana satu sistem maklumat tersusun atau pengkalan data yang melibatkan kajian dan penghasilan perlu dikumpulkan.  Kata lain, maklumat R&D berkaitan teknologi mestilahdapat disimpan serta diekses dari masa kesemasa. Maklumat berkaitan inovasi terbaru perlu dipertengahkan dan data serta maklumat ini bikan sahaja betaraf setempat tetapi secara global.

Dalam memastikan keberkesanan program dan keberterusanya program ini sumber kewangan yang kuat perlu ada bagi perlaksanaan kajian, pengumpulan data dan pelaksanaan.  Dengan itu kerajaan melalui sumber tentu perlu menyediakan sumber kewangan yang mencukupi.  Walau bagaimanapun, kejayaan program bagitujuan kelestarian alam sekitar hanya akan berjaya dengan sokongan semua individu.  Kita perlu lebih peka dengan membeli barangan yang diiktiraf sebagai barangan selamat.  Barangan atau produk selamat ini telah mudah dikenali di pasaran dengan penggunaan "Green Technology Label"

Untuk maklumat sila layari website utama berkaitan kementerian bertanggung jawab, aktivi semasa, scheme pembiayaan teknologi atau website organisasi global untuk maklumat lanjut.


Thursday, November 29, 2012

Pemasangan Incinerator

Ha Hari ni aku ingat nak try tulis dalam bahasa inggeris... bukan nak belagak tapi sebab boss aku arahkan kami semua improve english jadi kalau kau orang boleh comment sikit aku akan berterima kasih dengan banyak sekali.


In actaual environment we always heard negative word regarding the local waste management.  Resently we continiously heard complaint by public regarding waste management in Selangor and few others.  Final word of complain government agencies was blame.  Although its might be the 'mistakes' in waste management approuch but agencies is not only persosn to be focus.  In those issues media should elebrate things in broad in this case comunity or public can be educate instead blaming others.

Isues in established or intruduing  incinerator for local waste management  always been stoped by publics and NGO's.  They always scared with the pollution generated by the plan which always proposed in closed to comunity areas.  Does we know why such facility are proposed such?  Does Furan, Dioksin and Smell the most important issues?...

Susah sangatlah nak tulis dalam Inggeris ni...

Kenapa NGOs tidak menceritakan pekara sebenar secara menyeluruh?  Apakah pekara yang paling penting dalam pengurusan buangan dan pemilihan teknik ?  Adakah mereka pernah menyelidiki kenapa dan bagaimana pula diosin/furan boleh dihasilkan?  Tiadakah teknik untuk mengurangkanya?  tidak kah mereka tahu  incinerator menghasilkan haba dan boleh digunakan untuk membekalkan tenaga semula dan berapa ianya menguntungkan?

Tanpa insinerator bagaimana hendak dilupuskan sampah? landfill? dimana? berapa besar? berapa kos tanah?  berapa kos treatment leachate? berapa bahaya leachate?  Berapa lama landfill life time?  berapa orang kakitangan dan kos pekerjaan?  Kos penghantaran dari kawasan komunity ke Landfill siapa tanggung?

Kalau nak bantahpun selidik terlebih dahulu dan janganlah kita gunakan isu sebagai bahan politik dan terlalu banyak ruang dan fakta yang perlu di halusi dan kita patut mencari jawapan bagi penyelesaian bukan hanya mendatangkan isu persoalannya terlalu banyak kenapa hanya satu atau dua persoalan sahaja yang hendak diutarakan?

Cuba baca artikel ini yang berbentuk ilmiah lagi terbuka dan tiada berkaitan politik atau berat sebelah.

  1. Penang Consumer Associt.
  2. Universiti Malaya