Saturday, December 1, 2012

Rakan Alam Sekitar (RAS) sudahkah anda sertai

Rakan Alam Sekitar telah di ujudkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya bagi mengalakan rakyat Malaysia memahami serta menyumbang dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.  Sesungguhnya Alam Sekitar adalh kita milik generasi yang akan datang dan bukan milik mutlak kita dengan itu adalah menjadi tanggung jawab kita memuliharanya.  Bagi tujuan pemuliharaan dan menyumbang sebagai rakyat perlu faham kehendak undang-undang serta isu sebenar sebelum dapat kita menyumbang.

Rakan Alam Sekitar ini adalah satu platform bagi mengembangkan ilmu.  Tujuan  utama  peubuhanRAS ini adalah untuk mededahkan pihak awam berkaitan kaedah pemantauan serta penguatkuasaan Jabatan Penguatkuasaan dibawah NRE bagi memudahkan pihak awam menyalurkan maklumat penting kepada pihak berkuasa.  Jawatan kuasa RAS ditubuhkan setiap Parlimen dan dipengerusikan oleh  YB dan diberikan peruntukan RM 30 000.00 bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan antaranya seperti :

  1. Sekolah Lestari
  2. Bandar Lestari
  3. Kem Kesedaran Alam Sekitar
  4. Projek Wira Alam
  5. Pameran dan ceramah
Program yang dirancangkan membawa objektif utama untuk mendedahkan kepada kesemua Ahli RAS dalam memahami isu berkaitan persekitaran dan memberikesedaran tentang tanggungjawab.  Selain itu jawatankuasa pula bertindak sebagai platform tempat menyalurkan maklumat tentang pencemaran yang berlaku dikawasan masing-masing.

Adakah anta telah mendaftar? Hubungi Jabatan Alam Sekitar berhampiran untuk mendapatkan borang keahlian

No comments:

Post a Comment