Dalam aku mencari maklumat tentang kejadian tersebut sedih aku terbaca ada jugak yang mempolitikan isu pencerobohan ini. Bodoh betul bila mereka menyatakan ianya angkara perancangan kerajaan... Bodoh betul orang yang mempunyai anggapan sedemikian.
Tapi paling sedih aku kira adalah tindakan kerajaan agak lambat mengambil tindakan mungkin akan menyebabkan pihak musuh akan terus cuba mengganggu lagi ke negara kita. Kes seperi ini dilain kali janganlah dibiarkan lama teruslah kita ambil tindakan kerana ia akan menunjukan kedaulatan negara kita....Taakziah aku kepada keluarga anggota polis yang meninggal dunia dan semoga roh mereka di cucuri rahmad. Untuk keluarga mereka bersabarlah.
sedutan dr blog yang tak berguna...
"Pencerobohan askar sultan Sulu di Lahad Datu hanya sandiwara
Imran Abd Hamid |
Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.
“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory."
No comments:
Post a Comment