Friday, October 25, 2013

Keputusan Kes ALtantuya Dan Anwar

Membebaskan 10 orang persalah lebih baik dari menghukum SEORANG yang tidak bersalah.  

Pernahkah anda mendengar ungkapan sedemikian? aku percaya korang jarang mendengar kecuali orang-orang yang terlibat dalam kerja-kerja dan tugas-tugas berkaitan perundangan.  Ungkapan ini juga ada kaitanya dengan keputusan-keputusan yang kita dengar kebelakangan ini.  Dalam bidang perundangan,  samada pendakwa maupun pembela sudah terbiasa dengan keputusan yang tidak menyebelahi mereka.

Sebagai orang awam adakah kita benar-benar faham kaedah yang digunakan? kita sepatutnya tidak 'menghukum' keputusan penghakiman yang dibuat kerana kita tidak tahu keadaan sebenarnya.  Adakah kita tahu apa itu bukti dan apa itu fakta? Penyiasat akan mencari bahan bukti yang cukup, pembela akan membantah bahan bukti yang diguna dan pendakwa akanmenggunakan bukti yang diterima bagi membukti fakta dan Hakim menilaikan kes berkaitan faktor-faktor yang disampai oleh pihak-pihak tersebut.

Hakim, pendakwa, pembela, penyiasat dan juga persalah (yang dituduh) adalah manusia jadi semuanya tidak mempunyai kuasa sebesar kuasa ALLAH S.W.T. yang maha mengetahui.  Sesungguhnya yang maha kuasa sahaja sentiasa benar dan tepat.  Apa layaknya kita membuat keputusan sendiri dengan mendengar sebelah pihak sahaja.  dengan itu jaganlah kita kecewa dengan keputusan yang tidak menyebelahi kita dan sebaliknya memohonlah terus kepada ALLAH sekiranya kita berada di dalam keadaan teraniaya.

Cuba kita amati kisah pengadilan Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman ini:

Nabi Daud telah didatangani oleh dua orang wanita yang merebut seorang bayi, kedua duanya telah mengaku sibayi adalah milik masing-masing.  Setelah dihalusi maka Nabi Daud telah menyerahkan hak kepada wanita yang lebih tua setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Walaupun telah dijatuhi hukuman sedemikian dua wanita muda masih berkeras untuk mengambil si bayi dan dalam keteganggan Nabi Sulaiman A.S. meneluarkan pedang lalu menghulurkan kepada kedua wanita itu lalu meminta wanita itu untuk membelah bayi itu agar dapat dibahagi sama rata.  Mendengar kata Nabi Sulaiman wanita tua terus mengambil pedang yang diberikan untuk melakukan apayang disuruh Nabi Sulaiman.  Walau bagaimanapun wanita yang lebih muda terus menangis dan meraung lalu dengan segera menarik tuntutanya sekali gus merayu Nabi Sulaiman tidak meneruskan arahan yang diberikan itu.
Nabi Sulaiman akhirnya menyedari bahawa ibu sebenar bagi bayi tersebut adalah perempuan muda dan bukan seperti keputusan Nabi Daud,  Nabi Sulaiman menyerahkan  bayi kepada wanita muda itu, kerana seorang ibu tidak akan sanggup membunuh anaknya hanya kerana memntingkan ego sendiri.

 Terdapat banyak pengajaran dari cerita ini:
  1. Seorang Nabi juga tidak lari dari melakukan kesilapan inikan pula manusia biasa.  Cuba anda fikirkan sedalam-dalamnya sekiranya kesilapan yang dilakukan melibatkan nyawa yang tidak berdosa melayang apa pula hukumnya?
  2. Penghakiman perlu dibuat berperingkat dan rayuan juga boleh digunakan dalam penghakiman bagi mengelakan sebarang kesilapan berlaku oleh penhakiman pertama.
  3. Muslihat tertentu adalah boleh digunakan bagi membuktikan sesuatu kesalahan.
  4. Keputusan perlu dibuat menggunakan fakta yang tepat.
Setelah mengkaji pekara ini , aku  berpandangan dalam kes-kes penghakiman yang tidak disabitkan kesalahan bukanlah  isu yang perlu diperbesarkan sehingga menjadi bahan politik.  Pihak penghakiman sudah pasti mengambil kira semua fakta yang ada sebelum penghukuman dijalankan.  Kalau tekanan yang dibuat oleh kita menyebabkan penghakiman yang salah, dan menyebabkan orang yang tidak bersalah dihukum, adakah kita ingin menanggung dosanya?

Memang ada kebenaran sekiranya  penjenayah yang bebas tanpa hukuman akan mengulang kejahatan dan penganiayaan mereka terhadap mahkluk Allah yang lain. Memang benar mereka boleh mengulangi kejahatan tersebut  tapi apakah kuasa kita hendak menilai manusia lain. Apatah lagi kitabukanya ada kemampuan untuk meliha t hati orang lain.  Biarlah ALLAh sahaja yang menentukanya.  Kita hanya perlu berdoa agar kita sentiasa dilindungiNya dari kejahatan yang serupa.


Membebaskan 10 orang persalah lebih baik dari menghukum SEORANG yang tidak bersalah terpulanglah pada pandangan anda sendiri.  Peringatan aku hanyalah .... Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui kita, kita manusia biasa hanya boleh menjalankan tugas masing-masing dengancara yang terbaik dan Hukuman ALLAH di akhirat adalah yang lebih adil dan  lebih berat dari hukuman di dunia  wallahuallam

No comments:

Post a Comment