Monday, July 29, 2013

Ratu cantik diharamkan Untuk Muslim di MALYSIA... kenapa?

Emmm. Dah lama sangat aku tak update blog aku ni tapi baru-baru ni aku terbaca isu tentang 4 orang gadis rupaan telah ditolak dari menjadi peserta Ratu Cantik MISS UNIVER. Kenapa jadi isu kalau dah ada fatua... ada pula yang tidak faham dengan (.. atau buat tak faham) dengan fatwa ni. Ada kedengaran kata-kata yang menyakitkan telinga apa lagi hati aku bila menyebut FATWA TERSEBUT TELAH LAPUK. Inilah anak melayu yang mengaku islam sudah tidak tahu maupun faham tentang islam itu sendiri.

Aku hanya nak tujukan, kenapa diharamkan Miss Univer untuk gadis islam. Aku tak akan menyentuh hadis atau quran kerana ianya telah dijelaskan oleh ustaz dan pakar agama aku akan jelas dari kacamata aku sendiri  

Kenapa diadakan pertandingan ratu cantik ni?
Pastinya kerana hendak mencari individu yang sempurna atau lebih tepat yang cantik dengan segala nya sempurna. Jadi terpilih serta yang menjadi juara adalah individu yang paling cantik dan sempurna.  

Apa habuanya ?
Ha yang pasti hadiah yang besar dan nama menjadi terkenal mudah dapat peluang kerja apatah lagi bidang yang glamour seperti model, pelakon dan mungkin BINI VVIP. Panti hasilnya amat lumayan tak perlu kerja berat lagi lepas ini duit masuk dengan banyak sekali.  

Apa sebenarnya yang dihasilkan
 Yang pasti, bila seseorang yang menyertai pertandingan ratu cantik ni kenalah pakai yang seksi-seksi dan yang terdedah.  Ada yang bertanya apa salahnya? Itu hak perempuan untuk memakai sedemikian!  Kami cuma pakai tapi kenapa kamu yang berfikiran kotor?

Tahukah kita kenapa dijadikan perempuan kalau bukan untuk dipasangkan kepada lelaki?
Kenapa pula lelaki sentiasa tertarik kepada perempuan?
Jangan bohonglah biar siapa pun lelaki itu, samda ianya kecil besar profesional pasti akan tertarik dengan 'apa' yang ada pada perempuan. Jadi sebenarnya berpakaian seksi dan bikini sebenarnya mengundangkan shahwat jadi boleh menyebabkan kerosakan.Daripada mengundang kan baik kita menghalangnya dari belaku

No comments:

Post a Comment