Anda ingin mencari maklumat dan pengetahuan am bagi pekara yang biasa atau luar biasa berkaitan alam persekitaran, resepi makanan, Agama, perjalanan, lawatan, melancong, hubungan, kekasih, wanita artis, seksi, gosip, indonesia, indon, malaysia, tudung, ghairah, berani, lurah,ghairah, scandal vvip, sex, cantik undeware, singkat, airel, luna, bikini rusia atau sebagainya dan semoga ianya mendatangkan kebaikan
Tuesday, June 4, 2013
Teknologi Hijau (Green Technology)
Salam untuk semua,
Hari ni aku ada email baru dari Ketua Jabatan aku berkaitan Green Tech. Satu pekara yang telah lama dibincangkan diperingkat antarabangsa tetapi jarang-jarang kita ambil tahu. Jangan kata orang awam tetapi aku juga kurang arif berkaitan pekara ini bukan aku tak mahu tahu tapi sebenarnya ianya di bawah perlaksanaan Kemnterian yang lain. Tapi setelah diarahkan, aku terpaksa mencari maklumat lengkap berkaitan pekara ini apatah lagi Jabatan aku ni telah melancarkan "Meja Nasihat Teknologi Hijau", jadi kalau aku tidak tahu bagai mana aku nak menceritakan pekara ini pada umum.
Secara istilahnya maksud 'green technoloy' ni hampir sama dengan 'Cleaner Production'. Kata kunci di dalam istilahnya adalah teknologi dan hijau, secara kasar ianya membawa maksud teknologi yang mesra alam begitulah adanya tetapi teknologi disini sebenarnya merujuk kepada 'pengetahuan, ilmu dalam penggunaan sesuatu bidang' dan hijau sudah semestinya merujuk kepada kelastarian terhadap alam sekitar.
Apa bila kita bercerita tentang ilmu sebenarnya ianya adalah satu proses yang tidak pernah ada penghujungnya. Bermula dari proses pembelajaranya kepada proses perlaksanaan dan kembali kepada proses penambah baikan. Ilmu ini juga di sokong dengan kajian dan pendokumentasian yang kekal serta tepat.
Kelestarian alam sekitar pula adalah satu isu sejagat yang menjadi tanda aras kejayaan sesuatu teknologi itu dibangun dalam mengejar kemajuan sesuatu negara tanpa menekan keadaan serta kualiti persekitaran semasa. Jadi kita tahu kini teknologi hijau ini adalah berkait langsung dengan aktiviti yang diperkenalkan terdahulu dalam prinsip berbeza iaitu Cleaner Production dan sekiranya anda faham maksud progam tersebut anda akan turut faham isu 'Green Technology' ini.
Prinsip yang digunakan dalam perlaksaan adalah mudah prinsip "Cradle to cradle" yang mana mengakhiri prinsip yang digunakan dalam kosep alam sekitar terdahulu iaitu "Cardle do the grave". Ini adalah menampakan lagi sistem pembanggunan yang lebih mampan atau lestari. Dulu kita mengambil pendekatan pengalan sehingga ke peringkat pelupusan tetapi kini ianya berubah Pelupusan bukan lagi satu penamat dalam teknologi tetapi boleh menjadi satu lagi jenis kitaran pemulan bagi teknologi yang lain. Contohnya bahan buangan sesuatu teknologi mungkin boleh menjadi bahan mentah kepada industri yang lain dan dengan cara ini kita akan menyelamatkan sumber asli yang ada sekaligus akan menurangkan komplikasi di masa hadapan.
Bagi pengamal 'Green Technology' keuntungan bukan lagi menjadi satu-satunya objektif syarikat tetapi disamping mendapatkan keuntungan element pencemaran turut diambil berat. Elemen pencemaran ini juga bukan lagi menggunakan kaedah 'end of paip management system' sebaliknya pekara pencemaran telah diambil kira dalam sistem pengurusan. Mengawal penghasilan buangan sebenarnya memberikan keuntungan kepada industri serta juga alam sekitar.
Bagi memastikan kesinambungan teknologi dapat diteruskan dan objektif terlaksana satu sistem maklumat tersusun atau pengkalan data yang melibatkan kajian dan penghasilan perlu dikumpulkan. Kata lain, maklumat R&D berkaitan teknologi mestilahdapat disimpan serta diekses dari masa kesemasa. Maklumat berkaitan inovasi terbaru perlu dipertengahkan dan data serta maklumat ini bikan sahaja betaraf setempat tetapi secara global.
Dalam memastikan keberkesanan program dan keberterusanya program ini sumber kewangan yang kuat perlu ada bagi perlaksanaan kajian, pengumpulan data dan pelaksanaan. Dengan itu kerajaan melalui sumber tentu perlu menyediakan sumber kewangan yang mencukupi. Walau bagaimanapun, kejayaan program bagitujuan kelestarian alam sekitar hanya akan berjaya dengan sokongan semua individu. Kita perlu lebih peka dengan membeli barangan yang diiktiraf sebagai barangan selamat. Barangan atau produk selamat ini telah mudah dikenali di pasaran dengan penggunaan "Green Technology Label"
Untuk maklumat sila layari website utama berkaitan kementerian bertanggung jawab, aktivi semasa, scheme pembiayaan teknologi atau website organisasi global untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment