Showing posts with label Cleaner Production . Alam Sekitar. Show all posts
Showing posts with label Cleaner Production . Alam Sekitar. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

Teknologi Hijau (Green Technology)




Salam untuk semua,

Hari ni aku ada email baru dari Ketua Jabatan aku berkaitan Green Tech.  Satu pekara yang telah lama dibincangkan diperingkat antarabangsa tetapi jarang-jarang kita ambil tahu.  Jangan kata orang awam tetapi aku juga kurang arif berkaitan pekara ini bukan aku tak mahu tahu tapi sebenarnya ianya di bawah perlaksanaan Kemnterian yang lain.  Tapi setelah diarahkan, aku terpaksa mencari maklumat lengkap berkaitan pekara ini apatah lagi Jabatan aku ni telah melancarkan  "Meja Nasihat Teknologi Hijau", jadi kalau aku tidak tahu bagai mana aku nak menceritakan pekara ini pada umum.

Secara istilahnya maksud 'green technoloy' ni hampir sama dengan 'Cleaner Production'.  Kata kunci di dalam istilahnya adalah teknologi dan hijau, secara kasar ianya membawa maksud teknologi yang mesra alam begitulah adanya tetapi teknologi disini sebenarnya merujuk kepada 'pengetahuan, ilmu dalam penggunaan sesuatu bidang' dan hijau sudah semestinya merujuk kepada kelastarian terhadap alam sekitar.

Apa bila kita bercerita tentang ilmu sebenarnya ianya adalah satu proses yang tidak pernah ada penghujungnya.  Bermula dari proses pembelajaranya kepada proses perlaksanaan dan kembali kepada proses penambah baikan.  Ilmu ini juga di sokong dengan kajian dan pendokumentasian yang kekal serta tepat.

Kelestarian alam sekitar pula adalah satu isu sejagat yang menjadi tanda aras kejayaan sesuatu teknologi itu dibangun dalam mengejar kemajuan sesuatu negara tanpa menekan keadaan serta kualiti persekitaran semasa. Jadi kita tahu kini teknologi hijau ini adalah berkait langsung dengan aktiviti yang diperkenalkan terdahulu dalam prinsip berbeza iaitu Cleaner Production dan sekiranya anda faham maksud progam tersebut anda akan turut faham isu 'Green Technology' ini.

Prinsip yang digunakan dalam perlaksaan adalah mudah prinsip "Cradle to cradle" yang mana mengakhiri prinsip yang digunakan dalam kosep alam sekitar terdahulu iaitu  "Cardle do the grave".  Ini adalah menampakan lagi sistem pembanggunan yang lebih mampan atau lestari.  Dulu kita mengambil pendekatan pengalan sehingga ke peringkat pelupusan tetapi kini ianya berubah Pelupusan bukan lagi satu penamat dalam teknologi tetapi boleh menjadi satu lagi jenis kitaran pemulan bagi teknologi yang lain.  Contohnya bahan buangan sesuatu teknologi mungkin boleh menjadi bahan mentah kepada industri yang lain dan dengan cara ini kita akan menyelamatkan sumber asli yang ada sekaligus akan menurangkan komplikasi di masa hadapan.

Bagi pengamal 'Green Technology' keuntungan bukan lagi menjadi satu-satunya objektif syarikat tetapi disamping mendapatkan keuntungan element pencemaran turut diambil berat. Elemen pencemaran ini juga bukan lagi menggunakan kaedah 'end of paip management system'  sebaliknya pekara pencemaran telah diambil kira dalam sistem pengurusan.  Mengawal penghasilan buangan sebenarnya memberikan keuntungan kepada industri serta juga alam sekitar.

Bagi memastikan kesinambungan teknologi dapat diteruskan dan objektif terlaksana satu sistem maklumat tersusun atau pengkalan data yang melibatkan kajian dan penghasilan perlu dikumpulkan.  Kata lain, maklumat R&D berkaitan teknologi mestilahdapat disimpan serta diekses dari masa kesemasa. Maklumat berkaitan inovasi terbaru perlu dipertengahkan dan data serta maklumat ini bikan sahaja betaraf setempat tetapi secara global.

Dalam memastikan keberkesanan program dan keberterusanya program ini sumber kewangan yang kuat perlu ada bagi perlaksanaan kajian, pengumpulan data dan pelaksanaan.  Dengan itu kerajaan melalui sumber tentu perlu menyediakan sumber kewangan yang mencukupi.  Walau bagaimanapun, kejayaan program bagitujuan kelestarian alam sekitar hanya akan berjaya dengan sokongan semua individu.  Kita perlu lebih peka dengan membeli barangan yang diiktiraf sebagai barangan selamat.  Barangan atau produk selamat ini telah mudah dikenali di pasaran dengan penggunaan "Green Technology Label"

Untuk maklumat sila layari website utama berkaitan kementerian bertanggung jawab, aktivi semasa, scheme pembiayaan teknologi atau website organisasi global untuk maklumat lanjut.


Saturday, December 1, 2012

Rakan Alam Sekitar (RAS) sudahkah anda sertai

Rakan Alam Sekitar telah di ujudkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya bagi mengalakan rakyat Malaysia memahami serta menyumbang dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.  Sesungguhnya Alam Sekitar adalh kita milik generasi yang akan datang dan bukan milik mutlak kita dengan itu adalah menjadi tanggung jawab kita memuliharanya.  Bagi tujuan pemuliharaan dan menyumbang sebagai rakyat perlu faham kehendak undang-undang serta isu sebenar sebelum dapat kita menyumbang.

Rakan Alam Sekitar ini adalah satu platform bagi mengembangkan ilmu.  Tujuan  utama  peubuhanRAS ini adalah untuk mededahkan pihak awam berkaitan kaedah pemantauan serta penguatkuasaan Jabatan Penguatkuasaan dibawah NRE bagi memudahkan pihak awam menyalurkan maklumat penting kepada pihak berkuasa.  Jawatan kuasa RAS ditubuhkan setiap Parlimen dan dipengerusikan oleh  YB dan diberikan peruntukan RM 30 000.00 bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan antaranya seperti :

  1. Sekolah Lestari
  2. Bandar Lestari
  3. Kem Kesedaran Alam Sekitar
  4. Projek Wira Alam
  5. Pameran dan ceramah
Program yang dirancangkan membawa objektif utama untuk mendedahkan kepada kesemua Ahli RAS dalam memahami isu berkaitan persekitaran dan memberikesedaran tentang tanggungjawab.  Selain itu jawatankuasa pula bertindak sebagai platform tempat menyalurkan maklumat tentang pencemaran yang berlaku dikawasan masing-masing.

Adakah anta telah mendaftar? Hubungi Jabatan Alam Sekitar berhampiran untuk mendapatkan borang keahlian

Friday, November 23, 2012

Pengeluaran Bersih (Cleaner Production) Bhg. 1

Apa kah yang kita faham tentang 'Cleaner Production'? Memang tidak ramai yang pernah mendengarkanya walaupun ada yang telah telibat dalam sistem kualiti ISO 14000. Sebenarnya Pengeluaran Bersih yang lebih dikenali sebagai CP telah bermula sejak 1989 bila diperkenalkan oleh UNEP. CP juga dikenali dengan pelbagai istilah  seperti 'waste minimization', 3R dan sebagainya tetapi yang paling penting ianya adalah satu sistem pengurusan sepadu kearah penghasilan yang bersih serta selamat.

Dalam kaedah pengurusan sedia ada tumpuan hanya dibuat kepada penhasilan kuantiti, kualiti hasil serta masa bagi mendapatkan keuntungan.  Dalam kaedah pengurusan sedemikian tiada pertimbangan dibuat dengan terperinci dalam usaha untuk menjaga persekitaran.  Dalam kaedah sebegini juga  isu buangan tidak langsung dihiraukan.  Dari pandangan pakar kaedah ini di  kenali sebagai 'end of pipe mngt' dan kaedag ini di dapati amat merugikan.  Tanpa di sedari organisasi telah menghabiskan terlalu banyak kos dalam isu pelupusan buangan yang terhasil.

Pakar CP telah menemui kaedah pengurusan yang lebih cekap yang terbukti  dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti di samping mengurangkan kos pengurusan dan sekaligus mengurangkan risiko terhadap manusia dan persekitaran.  Walaupun kaedah ini telah lama diperkenalkan tetapi pihak berkuasa masih gagal untuk mempromosikan program ini  atas beberapa sebab.


  1. Kepakaran hanya tertumpu kepada 'end point technology'
  2. Tiada bukti tentang kejayaan CP di bukukan sebagai buku rujukan atau sebagainya
  3. Sistem kewangan hanya mempunyai maklumat tentang end point technology tapi tidak CP jadi sukar mendapatkan pinjaman.
  4. minda yang tidak mahu berubah.


Dari segi istilah UNEP mentafsirkan CP sebagai Mengaplikasi stratergi brterusan perlindungan alam sekitar dalam penghasilan bahan pengeluaran atau perkhidmatan bagi mengurangakan risiko terhadap hidupan dan alam sekitar atau dalam inggerisnya 'continuous aplication on intergrated environmental preventive stratergy to produce product or services to increase eco-efficientcy sistem and and reduce the risk to human and environment'.

Pekataan penting di dalam istilah tersebut adalah:
  1. Continious- Berterusan
  2. Preventive Stratergy - Kaedah mengelakan
  3. Eco- efficency
  4. Risk - Risiko
CP adalah satu sistem pengurusan yang berterusan dan ianya tidak bersifat sehenti atau projek yang berhenti pada satu tahap kejayaan.  Setiap masa ada pembaharuan yang boleh dilaksanakan daalam operasi dan pengurusan yang digunakan bagi menambak persekitaran.

Stratergi itu satu perkataan yang besar dan mungkin kompleks, ianya membawa maksud satu susunan kerja yang sentiasa disemak bagi mendapatkan keputusan yang sempurna.  Preventive adalah langkah yang diambil bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku risiko terhadap persekitaran dan manusia. disamping memastikan ekosistem dapat dijaga.

Kita selalu mendengar tentang Piramid Pengurusan Buangan iaitu 'reduce, reuse, recycle, reworks' dan 'dispose'.  Berikut adalah image yang selalu kila lihat:


Si tuasi ini memang kita selalu lihat di tempat-tempat kerja kita hanya sedikit bahan sahaja yang kita akan guna semula hampir tiada pula bahan yang rosak kita perbaiki untuk kegunaan kali kedua.  Benda ini jarang kita lihat apatah lagi hendak melihat usaha untuk mengurangkan bahan buangan akhir sekali kita akan mengalami masalah dalam berhadapan dengan kos pelupusan buangan.  

Kita juga telah bayak mendengar istilah seperi 3R dan 5S tetapi di dalam CP pekara-pekara ini di gabungkan menjadi satu stratergi yang tersusun bagi menghasilkan satu kerja yang lebih selamat serta lebih menguntungkan.  Dengan stratergi yang sesuai maka buangan akan menjadi kurang dan kos pengurusan turut berkurangan.



Pasti ramai akan mengatakan  kos untuk membuang sampah tidak sampai pun RM 1000 dan bagaimana pula ia akan menguntungkan sesuatu organisasi?  memanglah benar sekira kita lihat dengan sekali imbas tetapi peningkatan kefahaman pihak awam sejagat  sebenarnya akan membuatkan orginasasi bertambah maju.