Wednesday, September 30, 2015

Pencemaran Dari Penternakan Babi. (Pengenalan)

Hari ini aku ingin menulis berkaitan pencemaran berkaitan industri penternakan babi.  Setengah orang terasa sensitif bila menggunakan perkataan babi dan mereka lebih suka menggunakan perkataan kinzir.  Bagi aku apa sahajan perkataan yang digunakan, ianya membawa maksud yang sama jadi mereka yang sesnsitif bila terbaca huruf B>A>B>I pandai-pandailah tukarkan kepada bunyi khinzir.
Large scale fattening unit
Aku rasa ramai yang ingin mengetahui berkaitan pencemaran yang berpunca dari babi ni tapi sukar hendak dijelaskan.   Aku pernah cuba untuk menerangkan pekara ini kepada badan induk pelulus projek peringkat Negeri tapi ianya lebih mudah menceritakan prihal hantu dari isu pencemaran. Lebih ramai orang percaya hantu dari percayakan isu pencemaran.  Jadi kalau anda hendak memahami aku minta anda cuba bukakan minda anda terlebih dahulu.

Selama ini kita selalaunya mendengar  BABI ini adalah pekara yang sangat dibenci oleh orang melayu serta orang Islam. Untuk pengetahuan umum, islam bukan satu-satu agama yang melarang memakan babi malah penganut agama Yahudi juga dilarang mengambilnya. Selain itu  dalam prihal pencemaran sebenarnya ianya bukan sahaja mencemar serta menggangu orang Islam malah juga mengganggu sesiapa jua tak kira agama serta bangsa. 

Dari segi sains Babi berada di dalam genera SUE dan ada banyak spesis yang berselerak di seluruh dunia.  Babi juga tergulong dari jenis omnivor yang bermaksud pemakan tumbuhan dan haiwan.  Di dalam kehidupan liar dan biasa, babi akan memakan apa sahaja daripada bangkai sehinggalah pucuk tumbuhan. Sifat permakanan serta pembiakannya sebenarnya banyak mendatangkan masalah sekiranya dibiarkan secara semula jadi.(sumber wikipedia) tanpa kawalan dan pemerhatian.

Isu penternakan babi dan masalah yang timbul telah lama di bahas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.  Ianya bukan sahaja melibatkan sensisitivity kaum tetapi sebenarnya telah menjadi sensitiviti masyarakat setempat yang berhadapan dengan punca sebenarnya. Melalui rencana yang diterbitkan di dalam Environmental Health News  yang di tulis oleh Wing S, RA Horton and KM Rose. 2012. Air pollution from industrial swine operations and blood pressure of neighboring residents  menceritakan segala permasalahan sebenarnya yang jarang di ceritakan sebelum ini.

Masalah yang paling ketara dari penternakan sebegini adalah masalah bau dan pelepasan kumbahan yang dihasilkan. Biasanya penternak babi menggunakan kaedah  penternakan separa terbuka.  Babi akan dibela di dalam kandang yang berbumbung dengan lantai simen tanpa dinding bagi tujuan pengudaraan.  Kerana faktor cuaca di negara kita boleh menyebabkan gangguan kepada pembiakan babi tersebut maka kaedah ini lebih popular.  Buangan najis dan air kencing babi biasanya di cuci dengan menggunakan air beberapa kali sehari bagi menjamin kebersihan.

Berapakah kuantiti air yang digunakan dalam kandang babi?   agak susah untuk menganggarkan penghasilan buangan air yang dihasilkan dari sesebuah kandang babi.  Walau bagaimanapun terdapat data melalui kajian oleh Mchigan Universiti tentang penghasilan air buangan.  Walau bagaimanapun data yang di bentangkan hanyalah rujukan dan kuantiti sebenar mungkin jauh lebih besar dan mungkin lebih kecil dari yang diperkatakan dalam kajian tersebut.  Di dalam laporan tersebut menyatakan penghasilan air buangan dari proses cucian bagi operasi kandang dengan 2500 ekor babi adalah sebanyak 9,951,872 galon setahun.

Apakah Kaitan Air buangan dengan pencemaran ? Air buangan ini adalah air yang digunakan bagi tujuan cucian kandang.  Air cucian akan bercampur dengan buangan najis dan air kencing menyebabkan air bertukar kualiti.  Bahan organik akan bercampur dan di alir keluar.  Tahap pencemaran dari babi bergantung kepada kuantiti organik yang terbuang (najis) oleh babi tersebut.  Satu kajian menyatakan babi yang seberat 200 Ibs (90 kg) menghasilkan sehingga 13 Ibs (6 kg) najis.."..200 lb pig would produce about 13 lbs of manure a day..."
 
Dalam 13Ib najis ini pula mengandung pelbagai bahan yang juga dikenali sebagai Nutrient antaranya  nitrogen (N), phosphorous (P), potassium (K), calcium (Ca), magnesium (Mg), sulfur (S), manganese (Mn), copper (Cu), zinc (Zn), chlorine (Cl), boron (B), iron (Fe),  dan molybdenum (Mo). Ada lagi bahan yang terdapat di dalamya tetapi tersebut adalah elemen yang terpenting selain kuman (bakteria) untuk lebih maklumat berkaitan pekara ini boleh semah disini.  Dari sini kita akan ceritakan tentang pencemaran sambunngan pada  nukilan aku bertajuk Pencemaran Dari Penternakan Babi. (Pencemaran Udara dan Air)



No comments:

Post a Comment