Tuesday, April 22, 2014

Berita MH370 ISU APA SEBENARNYA?

Assalamualaikum semua yang terbaca atau yang ingin mencari media/maklumat untuk membaca Aku bukan ahli politik yang mempunyai sumber maklumat yang terkini dan jelas dan aku juga bukan cendikiawan yang mampu mengupas sesuatu isu yang diterima dengan prisian canggih. Cuma aku cuma ingin memeberi beberapa persoalan dalam isu ini.  Persoalan aku ini bukanlah membantu dalam mencari MH 370 itu sendiri tetapi kalau dikupaskanmungkin langkah pencegahanya dimasa akan datang boleh di ambil.

Persoalan Pertama:
Kenapa mesti masa yang diambil untuk mengumumkan terlalu lambat? Ini persoalan yang sering digembar gembur oleh pihak media sehingga para keluarga turut tertanya.  Isu ini sungguh mudah digunakan oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri bagi menghentam kerajaan.  Tapi bagi aku itu pekara biasa di dalam struktur organisasi kerajaan.

Kerajaan kita terlalu besar dan di dalam kerajaan ada beratus Jabatan yang mengawal selia semuanya secara amnya sentiasa bersiam siaga tetapi sebenarnya permasalahan yang besar kemungkinan penentuan apa yang dipanggil Operation Commander / on scene commander.  Siapakah yang sebenarnya berkuasa mengeluarkan arahan serta merta.  Dalam kes yang berkaitan dengan ruang /kawasan negara asing maka pastinya ada pertindihan kuasa yang membuat kekeliruan tetapi alhamdulillah ianya dapat diselelsaikan.  Pernyelarasan ini perlu diselaraskan semula setelah isu MH 370 selesai kelak.

Persoalan Kedua;
Maklumat yang bertindih dan berbeza-beza juga dikatakan menyebabkan timbul pekara yang tidak disenangi akhirnya ada isu menutuprahsia besar kerajaa.  Pertanyaan aku disini berapa ramaikah yang terlibat dalam menyiasat serta mencari?  berapa buah negarakah yang terlibat?  Kebiasaan dalam isu besar ini on scene commander biasanya akan melaporkan semua penemuan dalam bentuk laporan bertulis kebahagian pengumpul maklumat.  Biasanya pusat pengumpulan maklumat adalah bilik gerakan dan hanya ada satu sahaja bilik gerakan tetapi sekiranya kedudukan agak jauh maka pejabat operasi perlu ada..

Dalam kes MH370 tidak diketahui dengan tepat pusat operasi/bilik gerakan dan peringkat awal semua negara mempunyai bilik gerakan mereka yang tersendiri oleh itu semua pihak mengeluarkan maklumat menyebabkan maklumat berbeza atau bertindih menyebabkan  banyak maklumat yang mengelirukan.

Persoalan Ketiga
Maklumat serta bantuan pakar di perolehidalam masa yang agak panjang pertanyaan aku kenapa tidak di dapatkan pakar tempatan.  Ini terbukti penggunaan kaedah ping telah di terangkan pakar dalaman (Malaysia) 2 hari sebelum ianya  dijelaskan oleh pakar.  Mungkinkah kita kurang mempercayai pakar yang kita ada? atau ianya telahpun dilaksanakan.

Persoalan keempat.
Kenapa pihak ketenteraan tidak membuat tindakan bila mendapati/ radar menunjukan terdapat pergerakan mencurigakan di ruang angkasa sendiri? Dalam soalan ini aku tidak dapat membuat rumusan jelas walaubagaimanapun integriti Jabatan berkaitan telah dicurigai.  Tidak mungkin hanya seorang sahaja pegawai bertugas dalam pengawasan dan yang pastinya beberapaorang akan berada di kawasan pemantauan.

Tidak mungkin semua orang tertidur! mungkin juga kurang kecekapan bagi membezakan sesuatu ancaman atau hanya gangguan alam semula jadi.  Mungkin pegawai yang berada di situ hanya mengganggapkan kemunculan itu hanyalah sekawan burung atau sebagainya.  Ada kemungkinan juga laporan awal telah  dibuat tetapi arahan dari peringkat atasan gagal untuk digerakan atau kata lain lost of command. atau ada kemungkinan juga pegawai atasan mengabaikan maklumat awal tersebut.

Persoalan ke Lima
Andainya ada usur-unsur jenayah di dalam kejadian kehilangan ini siapakah yang hendak kita salahkan?.  Bagi aku masa ini tiada siapa perlu di salahkan kerana tugasan kakitangan atau pasukan adalah mengikut sistemnya tersendiri.  Sekiranya berlaku kesilapan dan sistem telah dipatuhi maka yang silap sebenarnya sistam.

Cuba kita lihat, kebelakangan ini terlalu banyak kejadian jenayah berlaku di kawasan lapangan terbang.  Sering kali kita dengar rampasan dadah yang besar besar berjaya dilakukan di pintu masuk, ini bermaksud penjenayah melihat pintu masuk negara kita agak longgar.  Kita mementingkan budaya senyum dan lebut serta sopan tetapi penjenayah sering melihat ini sebagai peluang.  Aku walau hanya ada dua pengalaman keluar negara, tapi aku lihat suasana pintu masuk negara itu amat berbeza. contohnya di Jepun walau ada sebahagian menyambut kita dengan senyuman tetapi terdapat juga anggota keselamatan yang berdiri dan sentiasa dalam keadaan sedia tanpa senyuman.  Begitu juga ketika aku tiba di Vietnam kakitangan keselamatan jarang sekali tersenyum atau bersembang tapi di Malaysia?

Runusan aku dalam pekara ini bukanlah soal intergriti semata-mata tetapi ianya berkaitan dengan susunan atau struktur kerajaan sendiri.  Line of command yang jelas dan terang lagi berkesan perlu di lihat.  Mungkin arahan 21 yang telah lama diguna pakai dalam menangani bencana perlu diolah dan diperhatikan semula agar ianya bersesuaian dengan kehendak semasa.  Keupayaan serta kepakaran yang ada di dalam perlu di senaraikan dengan jelas dan diberi keutaman dalam mengembangkan ilmu dan pengurusan ilmu yang paling penting iaitu menurunkan segala kebolehan pakar sediada kepada pengganti yang akan mengambil alih.

Singkapan aku tidak menjuruskan kepada mana isu politik dan tidak terniat untuk merendahkan kreadibiliti sesiapa pun.  Ini semua hanya pandangan peribadi yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan bagi memperbaiki diri kita sendiri.  Akhir sekali yang baik datang dari ALLAH yang buruk itu dari kelemahan ku sendiri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment