Wednesday, December 26, 2012

Environmental Management Plan

Environmental Management Plan (EMP) adalah satu kaedah yang digunakan dalam kawalan pembangunan industri di Malaysia.  Proses kawalan bermula dalam penyediaan Environmental Impact Assessment (EIA) dan dalam proses ini secara amnya kesan alam sekitar  yang akan terhasil disebabkan oleh sesuatu pembanggunan akan diramalkan menggunakan samada kaedah matrix, pengawasan dan juga modeling.  EIA di jalankan sebelum sebarang aktiviti dijalankan dan hasil dari EIA hanyalah satu ramalan serta dari ramalan itu pemaju perlu menjalankan aktiviti kawalan bagi mengelakan sebarang pencemaran.

Kadangkala aktiviti serta langkah kawalan yang digariskan tidak mencukupi dan ada kala terdapat punca pencemaran yang terhasil semasa operasi pembanggunan berjalan tidak terkesan ketika proses EIA dilaksanakan.  Oleh itu bagi memastikan keadaan alam sekitar sentiasa terjaga serta sistem kawalan yang disediakan mencukupi pemaju adalah diwajibkan menyediakan EMP.

EMP satu program yang dirancang oleh pihak pemaju bagi memantau keadaan alam sekitar semasa serta selepan pembanggunan dijalankan.  Program yang dirancang tersbut akan diguna pakai dalam menimbang semula polici serta kaedah kawalan yang telah disediakan oleh pemaju.  EMP juga mengambil kira tentang kos serta kaedah pengurusan pihak pemaju tersebut. Dalam hal ini isu peningkatan kos sesuatu projek pemangunan sering ditimbulkan tetapi sebenarnya seandainya EMP ini disediakan secara berkesan ia akan dapat membantu pihak pemaju dalam menangani masalah seperti aduan, pencemaran serta kos pemulihan.

Setakat ini tiada sebarang undang-undang menyatakan keperluan EMP perlu disediakan oleh jururunding tetapi boleh disediakan sendiri oleh pihak pemaju itu sendiri dengan itu kos penyediaan EMP ini sebenarnya tidak perlu dimasukan kedalam kos pembanggunan tersebut.  Walaubagaimanapun pemaju perlu tahu beberapa pekara sebelum EMP disediakan terutamanya objektif EMP itu sendiri.

Anda bolehlah dapatkan garis panduan Kaedah Penyediaan EMP disini dan sekiranya anda mempunyai masalah dalam penyediaan EMP bagi operasi yang mudah dan inginkan batuan sila hubungi saya, sila sertakan  juga maklumat ringkas projek pembanggunan anda sekiranya saya mampu menyediakanya untuk anda, saya akan hubungi anda semula untuk maklumat tambahan bagi menyediakan EMP tersebut. 

No comments:

Post a Comment