Pada tahun 1971 WHO telah mengharamkan pengeluaran bahan tersebut kerana didapati sangat berbahaya. Properties klorin dan benzene membolehkan ianya menyerap kedalam kulit dan bersatu dengan unsur lemak. Sifatnya yang sukar di oksida dan diurai menyebabkan ianya dapat berkumpul di dalam stuktur sel.
Terdapat banyak nama di bawah kumpulan PCB ini seperti 3,4,3',4'-tetrachlorobiphenyl, 3,4,3',4',5'-pentachlorobiphenyl, dan 3,4,5,3',4',5'-hexachlorobiphenyl dan setiap nama melambangkan unsur tertentu dan diguna di dalam bahan berbeza. Terdapat penggunaan bahan tersebut terutama di dalam industri seperti pembuatan cat, bahan pelekat, bahan pencuci/pengilat, plastisizer. Tapi bahan tersebut pernah digunakan secara meluas di dalam minyak transformer, hidrolik serta 'heavy duty oil' yang lain.
Seawal tahun 40'an kesan negatif penggunaan bahan tersebut telah ditemui. Terlalu ramai yang mengalami masalah pereputan sel dimana kulit badan mula timbul (bintik-bintik) kemudian menjadi hitam dan gugur (mereput). Nama lain terma perubatan disebut DERMATITIS. Gejala lain juga di temui seperti kerosakan pada hati . Antara negara yang telah mengalami masalah ini adalah di Jepun, Indiana, Alabama dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan laporan berkaitan kejadian dan penyakit ini di dalam internet
ADAKAH KITA PATUT BIMBANG?
Satu pertanyaan yang perlukita tanya dan bukan menunding jari kelak sekiranya wabak telah dikesan. Walaupun bahan tersebut telah diharamkan di keluarkan sejah tahun 1971 kenapa masih dapat dikesan sehingga kini? Terdapat banyak kajian saintifik yang dijalankan mendapati bahan tersebut masih terbebas ke dalam alam sekitar antaranya:
"..........kajian berkaitan kualiti perairan Kalimantan Timur oleh...
Khozanah Munawir
Bidang Dinamika laut, Puslit Oseanografi-LIPI
Jalan Pasir Putih 1, Jakarta 14430
Email: khoz001@lipi.go.id
KESIMPULAN
Berdasarkan hasil penelitian, PCB dalam air di perairan Kalimantan Timur adalah: 1) Pada bulan September 2003 rata-rata kadar total PCB dalam air yang besar (33,960 ppt) Kadar tertinggi diperoleh di St.1 yang terletak paling selatan, sebesar 35,002 ppt. Hasil analisis senyawa PCB dalam air perairan Sulawesi Utara ini berkisar 1,611 – 10,071 ppt, hasil ini lebih rendah dibandingkan dengan kadar PCB dalam air di perairan Kalimantan Timur; 2) Perairan Kalimantan Timur sudah mulai tercemar oleh PCB karena telah melampaui ambang batas yang ditetapkan MNLH No.51, tahun 2004; 3) Sumber PCB diperkirakan berasal dari industri kertas/ koran (zat pewarna dalam tinta, bahan dasar kertas fotocopy, plastiser, perekat, turbin transmisi gas, sistem pemindah panas dan pelumas; 4) Masuknya PCB ke dalam suatu lingkungan perairan yang utama melalui penguapan selama pembakaran, bocoran, pembuangan cairan industri, dan buangan dalam timbunan dan urugan tanah;.
SARAN
Hasil penelitian ini hendaknya mendapat perhatian agar langkah untuk mencegah terjadinya musibah yang disebabkan oleh PCB dapat dihindari, yaitu dengan melakukan monitoring dan penelitian yang berkelanjutan......."
Kalau sudah diharamkan kenapa pula masih dikesan di dalam sekitar? Sebenarnya setiap tahun ada sahaja bahan baru dalam kumpulan tersebut ditemui dan terdapat bahan lama yang dilupuskan. Dari bahan bahan inilah yang menyebabkan kebocoran dan pencemaran berlaku. Buat masa ini di negara kita Malaysia masih belum ada undang-undang yang spesifik dalam menghalang penggunaan bahan tersebut malah di dalam dunia hanya beberapa negara sahaja yang telah menghalang penggunaan serta pengimportan nya seperti Jepun, Algeria, Chile, USA, Kanada dan beberapa lagi negara Eropah.
Di Malaysia tiada (aku tidak dapat cari) yang menghalang akan kemasukan bahan tersebut dan pengurangan penggunaan hanya berdasarkan kesedaran pengeluar atau pengguna sendiri. Sekiranya Syarikat atau pengguna yang ingin mendapatkan bahan tersebut ianya adalah bebas dan tidak dianggap sebagai pesalah kecuali apabila bahan tersebut hendak dilupuskan sahaja (menjadi bahan buangan) baru ianya tertakluk di bawah undang-undang alam sekeliling.
Tetapi di dalam pengurusan yang amat kita bimbangkan adalah bahan yang ditipu guna atau digunakan secra haram tanpa di ketahui. Contohnya bahan yang dikatakan PCB atau DDT free, tetapi sebaliknya telah dicampur dengan kuantiti yang sukar dikesan dan secara haram. Terdapat banyak thermo oil yang dilabelkan sebagai PCB free tapi setakat ini tiada analisa yang dibuat atau dikaji samada ianya benar-benar bebas PCB. Seperti juga istilah digunakan "Surve no Pork" atau "Alcohol Free" belum tentu HALAL.
Tidak menjadi terkejut untuk aku bila mendengar berita mengatakan bahan tersebut di kesan didalam sungai Selangor. Bahan yang kita tidak ketahui mengandungi PCB atau lain-lain POP's mungkin dibiarkan berselerak di atas lantai dan terdedah pada panas dan hujan. Berapa banyak bahan tersebut telah diimport masuk dan berapa pula yang telah digunakan dan berapa banyak yang dilupuskan secara selamat dan berapa lagi yang tinggal dan terlepas ke dalam alam sekitar? Dimana data-data ini kita dapat perolehi untuk membuat kajian?
Kalau ikut data Jabatan tiada lagi premis yang mampu untuk mengolah (mengurai) sebatian tersebut dengan selamat dibina di dalam Malaysia. Kemudahan yang selamat bagi mengurainya adalah di Jepun dan sepanjang pengetahuan aku tidak ada langsung pemohonan pelupusan bahan tersebut di buat samada oleh syarikat maupun Negara Jepun bagi tujuan pematuhan Persidangan Basel. Jadi adakah kita kena merelakan apa yang akan berlaku dimasa hadapan?
Sebenarnya bahan tersebut amat sukar dikesan dengan teknik biasa. Peralatan dan persediaan analisa sehingga peringkat nano perlu dibuat. Sekiranya telah terkesan dengan cara analisa biasa ini bererti keadaan persekitaran kita sudah kritikal. Pendedahan pakar Jepun tersebut sebenarnya sangat baik kepada kerajaan dalam menyediakan plan perancangan tapi aku amat khuatir kalau ianya dipandang sepi demi nama baik Negara, Negeri dan kepentingan politik.
Di Jabatan aku sendiri pernah aku dedahkan kemungkinaan pengaliran keluar PCB sedang berlaku dan langkah kawalanya patut kita ambil. Aku dapat tahu perkara tersebut semasa menghadiri kursus di Yokohama Jepun. Walaubagaimanapun aku hanya pegawai rendah dan kata-kata aku tiada sebarang sengat untuk menyedari pihak tertinggi apatah lagi kerajaan kita.
Tiada aduan Sungai Selangor dicemari bahan toksik:
Jabatan Kesihatan 2013/09/07 - 17:15:48 PM
Cetak Emel Kawan SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor sehingga hari ini tidak menerima aduan mengenai pencemaran Sungai Selangor dengan bahan toksik, termasuk Polychlorinated Biphenyis (PCB). Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan ke atas kualiti air semua sungai di negeri ini. Beliau berkata demikian selepas melancarkan "Kempen Nak Sihat" sempena Gegar 10,000 langkah Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, hari ini. Dr Azman diminta mengulas dakwaan terdapat bahan PCB, sejenis bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan kecacatan lahir dan pelbagai jenis kanser, di Sungai Selangor yang membekalkan air terawat kepada hampir 60 peratus penduduk di Lembah Klang. Dr Azman berkata, jika terdapat pencemaran, pihaknya dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan untuk mengenal pasti punca pencemaran. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment