Showing posts with label Isu Alam Sekitar. Show all posts
Showing posts with label Isu Alam Sekitar. Show all posts

Tuesday, March 9, 2021

Terlalu ramai rakyat marah pemeriksaan ekzos motosikal

 Kebelakangan ini ramai sangat pakar serta perjuang kepada pesalah menungang motosikal dengan berhadapan dengan tindakan undang-undang.  Antara kesalahan yang dipertikai adalah kesalahan melepaskan bunyi bising dan ubah suai kenderaan (motosikal)  Aku sempat semak latar belakang yang memberi komen negtif ini, datangnya dari pelbagai latar belakang tetapi kebanyakan berumur antar 35 tahun dan kebawah pendek kata remaja.  Ada antaranya adalah profesional sehinggalah peringkat sokongan rendah.

Gambar dari website luar

 Setiap kali ada "upload" berita berkaitan operasi maka ramai netizen akan berbahas mengenai tanggungjawab serta isu yang tak berkaitan. Ada yang persoal kenapa tiba-tiba penguatkuasaan dijalankan.  Tidak kurang juga yang membandingkan kepentingan tindakan penguatkuasaan dengan pembangunan yang lain contohnya baik pulih jalanraya dan penyelesaian masalah lain.  Ada juga yang mempersoalkan berapa bilangan kematian yang disebabkan kesalahan ekzos.

Bagi yang tanya berapa nyawa telah hilang sebab kesalahan  bunyi bising dan ubah suai motosikal biar aku paparkan gambar berikut yang aku perolehi di website di Malaysia:

Mat Rempit Dies, Injures Another Person in Illegal Race - BikesRepublic

Motorcycle Racing ends in massive crash - YouTube

 Apa pandangan kau orang adakah yang menyertai perlumbaan haram atau rempitni di kalangan motosikal yang standard kilang? entahlah setaka hari ni yang aku nampak semuanya dah berbeza dari model keluaran kilang yang 'obvious' ekzos dan juga bunyi.  Sebab sikap kurang sesuai anak muda sebeginilah menyebabkan pihak awam mula membuat aduan kepada pihak berkuasa.  Bila dah aduan diterima maka terpaksalah Jabatan kerajaan menjalankan tugas jadi  janganlah disalahkan pihak berkuasa.

Bagi persoalan simpati kepada pekerja penghantar makanan yang mana kenderaan mereka di rampas.  Sebagai manusia ya memang ada perasaan simpati tetapi dalam perkataan PENGUATKUASAAN, ianya terpaksalah diketepikan.  Pernah kami menghantar satu keluarga ke stesen bas kerana simpati apabila motosikal mereka di sita.  Sudah itu kehendak perundangan nak buat macamana.

Aku sendiri sebelum menyertai Jabatan kerajan telah dikompaun kerana bunyi bising sekitar tahun 1994.  Semasa itu aku seorang pekerja kilang di Perai, niat aku untuk menambahkan sedikit kelajuan motosikal RXZ aku ketika itu telah mengundang padah. Ketika itu memang aku berasa marah tetapi dah aku yang membuat pilihan jadi terima ajelah.

JSPT KL Tahan dan Saman Penunggang Motosikal Ubahsuai Ekzos Bising –  MalaysiaGazette
SLM model onosuki berharga antara RM 5000 hingga RM 15000

Ada juga yang lebih berani membuat ujian bunyi dengan peralatan sendiri dan mempertikaikan keputusan ujian yang dijalankan JAS kerana dikatakan bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan yang baru keluar dari kilang.  Konon ujianya telah dilaukan mengikut undang-undang tapi melihatkan meter yang digunakan juga tidak termasuk dalam kategori di dalam undang-undang.  Tiada kalibrasi sirim apatah lagi menjalankan ujian di dalam bangunan.

Dalam operasi sepadu yang dijalankan oleh JAS, JPJ, Jabatan Trafik sebenar semua kesalahan akan diambil kira tiada lesen, pemandu mabuk, tiada cukai jalan, cermin gelap, serta perundangan yang lain.  Tidak timbul kata operasi hanya menumpukan bunyi dan ubah suai motosikal sahaja.  Apa sahaja kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan undang-undang malah kadang kala pendatang haram, penyeludup serta penagih dadah juga ditangkap semasa operasi sepadu yang disertai jabatann yang terbabit.

Dalam isu yangdigembar gembur ua tiga hari ini adalag BUNYI BISING dan UBAH SUAI.  Perlu dingatkan JAS hanya menguatkuasa perihal bunyi bising iaitu Peraturan Kualiti Alam Sekliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2000.00 atau disabit kesalahan bawah Akta Kualiti Alam Sekliling 1974 bolehdidenda sehingga RM 100 000 atau 5 tahun penjara. sekali tagi di tegaskan JAS hanya menguatkuasa kesalahan menghasilkan bunyi bising sahaja.  Kalau sesiapa membuat ubah suai kenderaan atau ekzos tetapi bunyi tidak melebihi standard dia tetap tidak salah di bawah AKAS.

Modifikasi Ysuku cabar pihak berkuasa

 Berbeza dengan pihak Polis dan JPJ mereka mempunyai bidang kuasa dalam perihal ubah suai kenderaan.  Dalam peruntukan undang undang yang dikuatkuasakan jabatan ini berbeza, anda ubah suai kenderaan walaupun tiada bunyi bising juga adalah satu kesalahan.  Jadi kena faham baik baik sebab apa ubah suai ini adalah diharamkan atau salah kepada undang undang.

Jangan ingat semua kendraan yang masuk ke dalam pasaran secara halal berlaku sewenang wenangnya.  Peringkat kebangsaan, ada Jawatankuasa yang akan mengkaji terlebih dahulu model kenderaan yang akan memasuki Malaysia kalau tidak silap dikenali sebagai bahagian VTA.  Tidak kira apa jenis kenderaan dari SYM hinggalah Ducati.  Semua spec kenderaan telah tertulis jadi sebarang pindaan tanpa kelulusan adalah UBAHSUAI HARAM lah.   Jadi kenapa nak buat buat pandai buat video bagai dan dok salahkan orang lain undang-undang dan peraturan itu dah ada lama dan ianya tidak menyebelahi sesiapa.

GARIS PANDUAN KELULUSAN JENIS KENDERAAN (PINDAAN) 2017Sekian buat hari ini aku akan sambung lagi nak cerita  pasal bunyi dan dB (decible) pada hari yang mendatang

Bagi siapa yang nak mengutukpun silalah tapi siapa nak balajar sila aje rujuk google... cepat.

Monday, September 23, 2013

Pencemaran Disebabkan Oleh PCB

PCB atau nama kimianya adalah Polychlorobyphnyl atau Polychlorinated biphenyl.  PCB ditemui dan digunakan secara meluas satu ketika dulu kerana struktur kimianya yang stabil.  Dua unsur benzene yang bercantum membuatkan kimia ini sanagat stabil dan tahan panas.  Sehubungan itu satu ketika dulu ianya digunakan sebagi penebat haba dalam sistem eletrik sperti kapasitor dan transformer.  PCB tergulung dalam kumpulan pencemar organik (Persistant Organic Pollutants)dan terdapat perjanjian antarabangsa dalam kawalan penghasilan bahan tersebut iaitu Stolcholm Convention.

Pada tahun 1971 WHO telah mengharamkan pengeluaran bahan tersebut kerana didapati sangat berbahaya.  Properties klorin dan benzene membolehkan ianya menyerap kedalam kulit dan bersatu dengan unsur lemak.  Sifatnya yang sukar di oksida dan diurai menyebabkan ianya dapat berkumpul di dalam stuktur sel.

Terdapat banyak nama di bawah kumpulan PCB ini seperti 3,4,3',4'-tetrachlorobiphenyl, 3,4,3',4',5'-pentachlorobiphenyl, dan 3,4,5,3',4',5'-hexachlorobiphenyl dan setiap nama melambangkan unsur tertentu dan diguna di dalam bahan berbeza.  Terdapat penggunaan bahan tersebut terutama di dalam industri seperti pembuatan cat, bahan pelekat, bahan pencuci/pengilat, plastisizer.  Tapi bahan tersebut pernah digunakan secara meluas di dalam minyak transformer, hidrolik serta 'heavy duty oil' yang lain.

Seawal tahun 40'an kesan negatif penggunaan bahan tersebut telah ditemui.  Terlalu ramai yang mengalami masalah pereputan sel dimana kulit badan mula timbul (bintik-bintik) kemudian menjadi hitam dan gugur (mereput).  Nama lain terma perubatan disebut DERMATITIS.  Gejala lain juga di temui seperti kerosakan pada hati .  Antara negara yang telah mengalami masalah ini adalah di Jepun, Indiana, Alabama dan banyak lagi.  Anda boleh dapatkan laporan berkaitan kejadian dan penyakit ini di dalam internet






ADAKAH KITA PATUT BIMBANG?

Satu pertanyaan yang perlukita tanya dan bukan menunding jari kelak sekiranya wabak telah dikesan.  Walaupun bahan tersebut telah diharamkan di keluarkan sejah tahun 1971 kenapa masih dapat dikesan sehingga kini?  Terdapat banyak kajian saintifik yang dijalankan mendapati bahan tersebut masih terbebas ke dalam alam sekitar antaranya:





"..........kajian berkaitan kualiti perairan Kalimantan Timur oleh...

Khozanah Munawir
Bidang Dinamika laut, Puslit Oseanografi-LIPI
Jalan Pasir Putih 1, Jakarta 14430
Email: khoz001@lipi.go.id

KESIMPULAN



Berdasarkan hasil penelitian, PCB dalam air di perairan Kalimantan Timur adalah: 1) Pada bulan September 2003 rata-rata kadar total PCB dalam air yang besar (33,960 ppt) Kadar tertinggi diperoleh di St.1 yang terletak paling selatan, sebesar 35,002 ppt. Hasil analisis senyawa PCB dalam air perairan Sulawesi Utara ini berkisar 1,611 – 10,071 ppt, hasil ini lebih rendah dibandingkan dengan kadar PCB dalam air di perairan  Kalimantan Timur; 2) Perairan Kalimantan Timur sudah mulai tercemar oleh PCB karena telah melampaui ambang batas yang ditetapkan MNLH No.51, tahun 2004; 3) Sumber PCB diperkirakan berasal dari industri kertas/ koran (zat pewarna dalam tinta, bahan dasar kertas fotocopy, plastiser, perekat, turbin transmisi gas, sistem pemindah panas dan pelumas; 4) Masuknya PCB ke dalam suatu lingkungan perairan yang utama melalui penguapan selama pembakaran, bocoran, pembuangan cairan industri, dan buangan dalam timbunan dan urugan tanah;.



SARAN

Hasil penelitian ini hendaknya mendapat perhatian agar langkah untuk mencegah terjadinya musibah yang disebabkan oleh PCB dapat dihindari, yaitu dengan melakukan monitoring  dan penelitian yang berkelanjutan......."



Kalau sudah diharamkan kenapa pula masih dikesan di dalam sekitar? Sebenarnya setiap tahun ada sahaja bahan baru dalam kumpulan tersebut ditemui dan terdapat bahan lama yang dilupuskan. Dari bahan bahan inilah yang menyebabkan kebocoran dan pencemaran berlaku.  Buat masa ini di negara kita Malaysia masih belum ada undang-undang yang spesifik dalam menghalang penggunaan bahan tersebut malah di dalam dunia hanya beberapa negara sahaja yang telah menghalang penggunaan serta pengimportan nya seperti Jepun, Algeria, Chile, USA, Kanada dan beberapa lagi negara Eropah.

Di Malaysia tiada (aku tidak dapat cari) yang menghalang akan kemasukan bahan tersebut dan pengurangan penggunaan hanya berdasarkan kesedaran pengeluar atau pengguna sendiri. Sekiranya Syarikat atau pengguna yang ingin mendapatkan bahan tersebut ianya adalah bebas dan tidak dianggap sebagai pesalah kecuali apabila bahan tersebut hendak dilupuskan sahaja (menjadi bahan buangan) baru ianya tertakluk di bawah undang-undang alam sekeliling.

Tetapi di dalam pengurusan yang amat kita bimbangkan adalah bahan yang ditipu guna atau digunakan secra haram tanpa di ketahui.  Contohnya bahan yang dikatakan PCB atau DDT free, tetapi sebaliknya telah dicampur dengan kuantiti yang sukar dikesan dan secara haram.   Terdapat banyak thermo oil yang dilabelkan sebagai PCB free tapi setakat ini tiada analisa yang dibuat atau dikaji samada ianya benar-benar bebas PCB.  Seperti juga istilah digunakan "Surve no Pork" atau "Alcohol Free" belum tentu HALAL.

Tidak menjadi terkejut untuk aku bila mendengar berita mengatakan bahan tersebut di kesan didalam sungai Selangor.  Bahan yang kita tidak ketahui mengandungi PCB atau lain-lain POP's  mungkin dibiarkan berselerak di atas lantai dan terdedah pada panas dan hujan.  Berapa banyak bahan tersebut telah diimport masuk dan berapa pula yang telah digunakan dan berapa banyak yang dilupuskan secara selamat dan berapa lagi yang tinggal dan terlepas ke dalam alam sekitar?  Dimana data-data ini kita dapat perolehi untuk membuat kajian?

Kalau ikut data Jabatan tiada lagi premis yang mampu untuk mengolah (mengurai) sebatian tersebut dengan selamat dibina di dalam Malaysia.  Kemudahan yang selamat bagi mengurainya adalah di Jepun dan sepanjang pengetahuan aku tidak ada langsung pemohonan  pelupusan bahan tersebut di buat samada oleh syarikat maupun Negara Jepun bagi tujuan pematuhan Persidangan Basel.  Jadi adakah kita kena merelakan apa yang akan berlaku dimasa hadapan?

Sebenarnya bahan tersebut amat sukar dikesan dengan teknik biasa.  Peralatan dan persediaan analisa sehingga peringkat nano perlu dibuat.  Sekiranya telah terkesan dengan cara analisa biasa ini bererti keadaan persekitaran kita sudah kritikal.  Pendedahan pakar Jepun tersebut sebenarnya sangat baik kepada kerajaan dalam menyediakan plan perancangan tapi aku amat khuatir kalau ianya dipandang sepi demi nama baik Negara, Negeri dan kepentingan politik.

Di Jabatan aku sendiri pernah aku dedahkan kemungkinaan pengaliran keluar PCB sedang berlaku  dan langkah kawalanya patut kita ambil.  Aku dapat tahu perkara tersebut semasa menghadiri kursus di Yokohama Jepun.  Walaubagaimanapun aku hanya pegawai rendah dan kata-kata aku tiada sebarang sengat untuk menyedari pihak tertinggi apatah lagi kerajaan kita.

Tiada aduan Sungai Selangor dicemari bahan toksik:

Jabatan Kesihatan 2013/09/07 - 17:15:48 PM

Cetak Emel Kawan SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor sehingga hari ini tidak menerima aduan mengenai pencemaran Sungai Selangor dengan bahan toksik, termasuk Polychlorinated Biphenyis (PCB). Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan ke atas kualiti air semua sungai di negeri ini. Beliau berkata demikian selepas melancarkan "Kempen Nak Sihat" sempena Gegar 10,000 langkah Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, hari ini. Dr Azman diminta mengulas dakwaan terdapat bahan PCB, sejenis bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan kecacatan lahir dan pelbagai jenis kanser, di Sungai Selangor yang membekalkan air terawat kepada hampir 60 peratus penduduk di Lembah Klang. Dr Azman berkata, jika terdapat pencemaran, pihaknya dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan untuk mengenal pasti punca pencemaran. - BERNAMA

Thursday, November 29, 2012

Pemasangan Incinerator

Ha Hari ni aku ingat nak try tulis dalam bahasa inggeris... bukan nak belagak tapi sebab boss aku arahkan kami semua improve english jadi kalau kau orang boleh comment sikit aku akan berterima kasih dengan banyak sekali.


In actaual environment we always heard negative word regarding the local waste management.  Resently we continiously heard complaint by public regarding waste management in Selangor and few others.  Final word of complain government agencies was blame.  Although its might be the 'mistakes' in waste management approuch but agencies is not only persosn to be focus.  In those issues media should elebrate things in broad in this case comunity or public can be educate instead blaming others.

Isues in established or intruduing  incinerator for local waste management  always been stoped by publics and NGO's.  They always scared with the pollution generated by the plan which always proposed in closed to comunity areas.  Does we know why such facility are proposed such?  Does Furan, Dioksin and Smell the most important issues?...

Susah sangatlah nak tulis dalam Inggeris ni...

Kenapa NGOs tidak menceritakan pekara sebenar secara menyeluruh?  Apakah pekara yang paling penting dalam pengurusan buangan dan pemilihan teknik ?  Adakah mereka pernah menyelidiki kenapa dan bagaimana pula diosin/furan boleh dihasilkan?  Tiadakah teknik untuk mengurangkanya?  tidak kah mereka tahu  incinerator menghasilkan haba dan boleh digunakan untuk membekalkan tenaga semula dan berapa ianya menguntungkan?

Tanpa insinerator bagaimana hendak dilupuskan sampah? landfill? dimana? berapa besar? berapa kos tanah?  berapa kos treatment leachate? berapa bahaya leachate?  Berapa lama landfill life time?  berapa orang kakitangan dan kos pekerjaan?  Kos penghantaran dari kawasan komunity ke Landfill siapa tanggung?

Kalau nak bantahpun selidik terlebih dahulu dan janganlah kita gunakan isu sebagai bahan politik dan terlalu banyak ruang dan fakta yang perlu di halusi dan kita patut mencari jawapan bagi penyelesaian bukan hanya mendatangkan isu persoalannya terlalu banyak kenapa hanya satu atau dua persoalan sahaja yang hendak diutarakan?

Cuba baca artikel ini yang berbentuk ilmiah lagi terbuka dan tiada berkaitan politik atau berat sebelah.

  1. Penang Consumer Associt.
  2. Universiti Malaya