Kebelakangan ini ramai sangat pakar serta perjuang kepada pesalah menungang motosikal dengan berhadapan dengan tindakan undang-undang. Antara kesalahan yang dipertikai adalah kesalahan melepaskan bunyi bising dan ubah suai kenderaan (motosikal) Aku sempat semak latar belakang yang memberi komen negtif ini, datangnya dari pelbagai latar belakang tetapi kebanyakan berumur antar 35 tahun dan kebawah pendek kata remaja. Ada antaranya adalah profesional sehinggalah peringkat sokongan rendah.
Gambar dari website luar |
Setiap kali ada "upload" berita berkaitan operasi maka ramai netizen akan berbahas mengenai tanggungjawab serta isu yang tak berkaitan. Ada yang persoal kenapa tiba-tiba penguatkuasaan dijalankan. Tidak kurang juga yang membandingkan kepentingan tindakan penguatkuasaan dengan pembangunan yang lain contohnya baik pulih jalanraya dan penyelesaian masalah lain. Ada juga yang mempersoalkan berapa bilangan kematian yang disebabkan kesalahan ekzos.
Bagi yang tanya berapa nyawa telah hilang sebab kesalahan bunyi bising dan ubah suai motosikal biar aku paparkan gambar berikut yang aku perolehi di website di Malaysia:
Apa pandangan kau orang adakah yang menyertai perlumbaan haram atau rempitni di kalangan motosikal yang standard kilang? entahlah setaka hari ni yang aku nampak semuanya dah berbeza dari model keluaran kilang yang 'obvious' ekzos dan juga bunyi. Sebab sikap kurang sesuai anak muda sebeginilah menyebabkan pihak awam mula membuat aduan kepada pihak berkuasa. Bila dah aduan diterima maka terpaksalah Jabatan kerajaan menjalankan tugas jadi janganlah disalahkan pihak berkuasa.
Bagi persoalan simpati kepada pekerja penghantar makanan yang mana kenderaan mereka di rampas. Sebagai manusia ya memang ada perasaan simpati tetapi dalam perkataan PENGUATKUASAAN, ianya terpaksalah diketepikan. Pernah kami menghantar satu keluarga ke stesen bas kerana simpati apabila motosikal mereka di sita. Sudah itu kehendak perundangan nak buat macamana.
Aku sendiri sebelum menyertai Jabatan kerajan telah dikompaun kerana bunyi bising sekitar tahun 1994. Semasa itu aku seorang pekerja kilang di Perai, niat aku untuk menambahkan sedikit kelajuan motosikal RXZ aku ketika itu telah mengundang padah. Ketika itu memang aku berasa marah tetapi dah aku yang membuat pilihan jadi terima ajelah.
SLM model onosuki berharga antara RM 5000 hingga RM 15000 |
Ada juga yang lebih berani membuat ujian bunyi dengan peralatan sendiri dan mempertikaikan keputusan ujian yang dijalankan JAS kerana dikatakan bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan yang baru keluar dari kilang. Konon ujianya telah dilaukan mengikut undang-undang tapi melihatkan meter yang digunakan juga tidak termasuk dalam kategori di dalam undang-undang. Tiada kalibrasi sirim apatah lagi menjalankan ujian di dalam bangunan.
Dalam operasi sepadu yang dijalankan oleh JAS, JPJ, Jabatan Trafik sebenar semua kesalahan akan diambil kira tiada lesen, pemandu mabuk, tiada cukai jalan, cermin gelap, serta perundangan yang lain. Tidak timbul kata operasi hanya menumpukan bunyi dan ubah suai motosikal sahaja. Apa sahaja kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan undang-undang malah kadang kala pendatang haram, penyeludup serta penagih dadah juga ditangkap semasa operasi sepadu yang disertai jabatann yang terbabit.
Dalam isu yangdigembar gembur ua tiga hari ini adalag BUNYI BISING dan UBAH SUAI. Perlu dingatkan JAS hanya menguatkuasa perihal bunyi bising iaitu Peraturan Kualiti Alam Sekliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2000.00 atau disabit kesalahan bawah Akta Kualiti Alam Sekliling 1974 bolehdidenda sehingga RM 100 000 atau 5 tahun penjara. sekali tagi di tegaskan JAS hanya menguatkuasa kesalahan menghasilkan bunyi bising sahaja. Kalau sesiapa membuat ubah suai kenderaan atau ekzos tetapi bunyi tidak melebihi standard dia tetap tidak salah di bawah AKAS.
Berbeza dengan pihak Polis dan JPJ mereka mempunyai bidang kuasa dalam perihal ubah suai kenderaan. Dalam peruntukan undang undang yang dikuatkuasakan jabatan ini berbeza, anda ubah suai kenderaan walaupun tiada bunyi bising juga adalah satu kesalahan. Jadi kena faham baik baik sebab apa ubah suai ini adalah diharamkan atau salah kepada undang undang.
Jangan ingat semua kendraan yang masuk ke dalam pasaran secara halal berlaku sewenang wenangnya. Peringkat kebangsaan, ada Jawatankuasa yang akan mengkaji terlebih dahulu model kenderaan yang akan memasuki Malaysia kalau tidak silap dikenali sebagai bahagian VTA. Tidak kira apa jenis kenderaan dari SYM hinggalah Ducati. Semua spec kenderaan telah tertulis jadi sebarang pindaan tanpa kelulusan adalah UBAHSUAI HARAM lah. Jadi kenapa nak buat buat pandai buat video bagai dan dok salahkan orang lain undang-undang dan peraturan itu dah ada lama dan ianya tidak menyebelahi sesiapa.
Sekian buat hari ini aku akan sambung lagi nak cerita pasal bunyi dan dB (decible) pada hari yang mendatang
Bagi siapa yang nak mengutukpun silalah tapi siapa nak balajar sila aje rujuk google... cepat.
No comments:
Post a Comment