Showing posts with label Undang-undang. Show all posts
Showing posts with label Undang-undang. Show all posts

Tuesday, March 9, 2021

Terlalu ramai rakyat marah pemeriksaan ekzos motosikal

 Kebelakangan ini ramai sangat pakar serta perjuang kepada pesalah menungang motosikal dengan berhadapan dengan tindakan undang-undang.  Antara kesalahan yang dipertikai adalah kesalahan melepaskan bunyi bising dan ubah suai kenderaan (motosikal)  Aku sempat semak latar belakang yang memberi komen negtif ini, datangnya dari pelbagai latar belakang tetapi kebanyakan berumur antar 35 tahun dan kebawah pendek kata remaja.  Ada antaranya adalah profesional sehinggalah peringkat sokongan rendah.

Gambar dari website luar

 Setiap kali ada "upload" berita berkaitan operasi maka ramai netizen akan berbahas mengenai tanggungjawab serta isu yang tak berkaitan. Ada yang persoal kenapa tiba-tiba penguatkuasaan dijalankan.  Tidak kurang juga yang membandingkan kepentingan tindakan penguatkuasaan dengan pembangunan yang lain contohnya baik pulih jalanraya dan penyelesaian masalah lain.  Ada juga yang mempersoalkan berapa bilangan kematian yang disebabkan kesalahan ekzos.

Bagi yang tanya berapa nyawa telah hilang sebab kesalahan  bunyi bising dan ubah suai motosikal biar aku paparkan gambar berikut yang aku perolehi di website di Malaysia:

Mat Rempit Dies, Injures Another Person in Illegal Race - BikesRepublic

Motorcycle Racing ends in massive crash - YouTube

 Apa pandangan kau orang adakah yang menyertai perlumbaan haram atau rempitni di kalangan motosikal yang standard kilang? entahlah setaka hari ni yang aku nampak semuanya dah berbeza dari model keluaran kilang yang 'obvious' ekzos dan juga bunyi.  Sebab sikap kurang sesuai anak muda sebeginilah menyebabkan pihak awam mula membuat aduan kepada pihak berkuasa.  Bila dah aduan diterima maka terpaksalah Jabatan kerajaan menjalankan tugas jadi  janganlah disalahkan pihak berkuasa.

Bagi persoalan simpati kepada pekerja penghantar makanan yang mana kenderaan mereka di rampas.  Sebagai manusia ya memang ada perasaan simpati tetapi dalam perkataan PENGUATKUASAAN, ianya terpaksalah diketepikan.  Pernah kami menghantar satu keluarga ke stesen bas kerana simpati apabila motosikal mereka di sita.  Sudah itu kehendak perundangan nak buat macamana.

Aku sendiri sebelum menyertai Jabatan kerajan telah dikompaun kerana bunyi bising sekitar tahun 1994.  Semasa itu aku seorang pekerja kilang di Perai, niat aku untuk menambahkan sedikit kelajuan motosikal RXZ aku ketika itu telah mengundang padah. Ketika itu memang aku berasa marah tetapi dah aku yang membuat pilihan jadi terima ajelah.

JSPT KL Tahan dan Saman Penunggang Motosikal Ubahsuai Ekzos Bising –  MalaysiaGazette
SLM model onosuki berharga antara RM 5000 hingga RM 15000

Ada juga yang lebih berani membuat ujian bunyi dengan peralatan sendiri dan mempertikaikan keputusan ujian yang dijalankan JAS kerana dikatakan bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan yang baru keluar dari kilang.  Konon ujianya telah dilaukan mengikut undang-undang tapi melihatkan meter yang digunakan juga tidak termasuk dalam kategori di dalam undang-undang.  Tiada kalibrasi sirim apatah lagi menjalankan ujian di dalam bangunan.

Dalam operasi sepadu yang dijalankan oleh JAS, JPJ, Jabatan Trafik sebenar semua kesalahan akan diambil kira tiada lesen, pemandu mabuk, tiada cukai jalan, cermin gelap, serta perundangan yang lain.  Tidak timbul kata operasi hanya menumpukan bunyi dan ubah suai motosikal sahaja.  Apa sahaja kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan undang-undang malah kadang kala pendatang haram, penyeludup serta penagih dadah juga ditangkap semasa operasi sepadu yang disertai jabatann yang terbabit.

Dalam isu yangdigembar gembur ua tiga hari ini adalag BUNYI BISING dan UBAH SUAI.  Perlu dingatkan JAS hanya menguatkuasa perihal bunyi bising iaitu Peraturan Kualiti Alam Sekliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2000.00 atau disabit kesalahan bawah Akta Kualiti Alam Sekliling 1974 bolehdidenda sehingga RM 100 000 atau 5 tahun penjara. sekali tagi di tegaskan JAS hanya menguatkuasa kesalahan menghasilkan bunyi bising sahaja.  Kalau sesiapa membuat ubah suai kenderaan atau ekzos tetapi bunyi tidak melebihi standard dia tetap tidak salah di bawah AKAS.

Modifikasi Ysuku cabar pihak berkuasa

 Berbeza dengan pihak Polis dan JPJ mereka mempunyai bidang kuasa dalam perihal ubah suai kenderaan.  Dalam peruntukan undang undang yang dikuatkuasakan jabatan ini berbeza, anda ubah suai kenderaan walaupun tiada bunyi bising juga adalah satu kesalahan.  Jadi kena faham baik baik sebab apa ubah suai ini adalah diharamkan atau salah kepada undang undang.

Jangan ingat semua kendraan yang masuk ke dalam pasaran secara halal berlaku sewenang wenangnya.  Peringkat kebangsaan, ada Jawatankuasa yang akan mengkaji terlebih dahulu model kenderaan yang akan memasuki Malaysia kalau tidak silap dikenali sebagai bahagian VTA.  Tidak kira apa jenis kenderaan dari SYM hinggalah Ducati.  Semua spec kenderaan telah tertulis jadi sebarang pindaan tanpa kelulusan adalah UBAHSUAI HARAM lah.   Jadi kenapa nak buat buat pandai buat video bagai dan dok salahkan orang lain undang-undang dan peraturan itu dah ada lama dan ianya tidak menyebelahi sesiapa.

GARIS PANDUAN KELULUSAN JENIS KENDERAAN (PINDAAN) 2017Sekian buat hari ini aku akan sambung lagi nak cerita  pasal bunyi dan dB (decible) pada hari yang mendatang

Bagi siapa yang nak mengutukpun silalah tapi siapa nak balajar sila aje rujuk google... cepat.

Friday, October 25, 2013

Keputusan Kes ALtantuya Dan Anwar

Membebaskan 10 orang persalah lebih baik dari menghukum SEORANG yang tidak bersalah.  

Pernahkah anda mendengar ungkapan sedemikian? aku percaya korang jarang mendengar kecuali orang-orang yang terlibat dalam kerja-kerja dan tugas-tugas berkaitan perundangan.  Ungkapan ini juga ada kaitanya dengan keputusan-keputusan yang kita dengar kebelakangan ini.  Dalam bidang perundangan,  samada pendakwa maupun pembela sudah terbiasa dengan keputusan yang tidak menyebelahi mereka.

Sebagai orang awam adakah kita benar-benar faham kaedah yang digunakan? kita sepatutnya tidak 'menghukum' keputusan penghakiman yang dibuat kerana kita tidak tahu keadaan sebenarnya.  Adakah kita tahu apa itu bukti dan apa itu fakta? Penyiasat akan mencari bahan bukti yang cukup, pembela akan membantah bahan bukti yang diguna dan pendakwa akanmenggunakan bukti yang diterima bagi membukti fakta dan Hakim menilaikan kes berkaitan faktor-faktor yang disampai oleh pihak-pihak tersebut.

Hakim, pendakwa, pembela, penyiasat dan juga persalah (yang dituduh) adalah manusia jadi semuanya tidak mempunyai kuasa sebesar kuasa ALLAH S.W.T. yang maha mengetahui.  Sesungguhnya yang maha kuasa sahaja sentiasa benar dan tepat.  Apa layaknya kita membuat keputusan sendiri dengan mendengar sebelah pihak sahaja.  dengan itu jaganlah kita kecewa dengan keputusan yang tidak menyebelahi kita dan sebaliknya memohonlah terus kepada ALLAH sekiranya kita berada di dalam keadaan teraniaya.

Cuba kita amati kisah pengadilan Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman ini:

Nabi Daud telah didatangani oleh dua orang wanita yang merebut seorang bayi, kedua duanya telah mengaku sibayi adalah milik masing-masing.  Setelah dihalusi maka Nabi Daud telah menyerahkan hak kepada wanita yang lebih tua setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Walaupun telah dijatuhi hukuman sedemikian dua wanita muda masih berkeras untuk mengambil si bayi dan dalam keteganggan Nabi Sulaiman A.S. meneluarkan pedang lalu menghulurkan kepada kedua wanita itu lalu meminta wanita itu untuk membelah bayi itu agar dapat dibahagi sama rata.  Mendengar kata Nabi Sulaiman wanita tua terus mengambil pedang yang diberikan untuk melakukan apayang disuruh Nabi Sulaiman.  Walau bagaimanapun wanita yang lebih muda terus menangis dan meraung lalu dengan segera menarik tuntutanya sekali gus merayu Nabi Sulaiman tidak meneruskan arahan yang diberikan itu.
Nabi Sulaiman akhirnya menyedari bahawa ibu sebenar bagi bayi tersebut adalah perempuan muda dan bukan seperti keputusan Nabi Daud,  Nabi Sulaiman menyerahkan  bayi kepada wanita muda itu, kerana seorang ibu tidak akan sanggup membunuh anaknya hanya kerana memntingkan ego sendiri.

 Terdapat banyak pengajaran dari cerita ini:
  1. Seorang Nabi juga tidak lari dari melakukan kesilapan inikan pula manusia biasa.  Cuba anda fikirkan sedalam-dalamnya sekiranya kesilapan yang dilakukan melibatkan nyawa yang tidak berdosa melayang apa pula hukumnya?
  2. Penghakiman perlu dibuat berperingkat dan rayuan juga boleh digunakan dalam penghakiman bagi mengelakan sebarang kesilapan berlaku oleh penhakiman pertama.
  3. Muslihat tertentu adalah boleh digunakan bagi membuktikan sesuatu kesalahan.
  4. Keputusan perlu dibuat menggunakan fakta yang tepat.
Setelah mengkaji pekara ini , aku  berpandangan dalam kes-kes penghakiman yang tidak disabitkan kesalahan bukanlah  isu yang perlu diperbesarkan sehingga menjadi bahan politik.  Pihak penghakiman sudah pasti mengambil kira semua fakta yang ada sebelum penghukuman dijalankan.  Kalau tekanan yang dibuat oleh kita menyebabkan penghakiman yang salah, dan menyebabkan orang yang tidak bersalah dihukum, adakah kita ingin menanggung dosanya?

Memang ada kebenaran sekiranya  penjenayah yang bebas tanpa hukuman akan mengulang kejahatan dan penganiayaan mereka terhadap mahkluk Allah yang lain. Memang benar mereka boleh mengulangi kejahatan tersebut  tapi apakah kuasa kita hendak menilai manusia lain. Apatah lagi kitabukanya ada kemampuan untuk meliha t hati orang lain.  Biarlah ALLAh sahaja yang menentukanya.  Kita hanya perlu berdoa agar kita sentiasa dilindungiNya dari kejahatan yang serupa.


Membebaskan 10 orang persalah lebih baik dari menghukum SEORANG yang tidak bersalah terpulanglah pada pandangan anda sendiri.  Peringatan aku hanyalah .... Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui kita, kita manusia biasa hanya boleh menjalankan tugas masing-masing dengancara yang terbaik dan Hukuman ALLAH di akhirat adalah yang lebih adil dan  lebih berat dari hukuman di dunia  wallahuallam