Friday, November 23, 2012

Pengeluaran Bersih (Cleaner Production) Bhg. 1

Apa kah yang kita faham tentang 'Cleaner Production'? Memang tidak ramai yang pernah mendengarkanya walaupun ada yang telah telibat dalam sistem kualiti ISO 14000. Sebenarnya Pengeluaran Bersih yang lebih dikenali sebagai CP telah bermula sejak 1989 bila diperkenalkan oleh UNEP. CP juga dikenali dengan pelbagai istilah  seperti 'waste minimization', 3R dan sebagainya tetapi yang paling penting ianya adalah satu sistem pengurusan sepadu kearah penghasilan yang bersih serta selamat.

Dalam kaedah pengurusan sedia ada tumpuan hanya dibuat kepada penhasilan kuantiti, kualiti hasil serta masa bagi mendapatkan keuntungan.  Dalam kaedah pengurusan sedemikian tiada pertimbangan dibuat dengan terperinci dalam usaha untuk menjaga persekitaran.  Dalam kaedah sebegini juga  isu buangan tidak langsung dihiraukan.  Dari pandangan pakar kaedah ini di  kenali sebagai 'end of pipe mngt' dan kaedag ini di dapati amat merugikan.  Tanpa di sedari organisasi telah menghabiskan terlalu banyak kos dalam isu pelupusan buangan yang terhasil.

Pakar CP telah menemui kaedah pengurusan yang lebih cekap yang terbukti  dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti di samping mengurangkan kos pengurusan dan sekaligus mengurangkan risiko terhadap manusia dan persekitaran.  Walaupun kaedah ini telah lama diperkenalkan tetapi pihak berkuasa masih gagal untuk mempromosikan program ini  atas beberapa sebab.


  1. Kepakaran hanya tertumpu kepada 'end point technology'
  2. Tiada bukti tentang kejayaan CP di bukukan sebagai buku rujukan atau sebagainya
  3. Sistem kewangan hanya mempunyai maklumat tentang end point technology tapi tidak CP jadi sukar mendapatkan pinjaman.
  4. minda yang tidak mahu berubah.


Dari segi istilah UNEP mentafsirkan CP sebagai Mengaplikasi stratergi brterusan perlindungan alam sekitar dalam penghasilan bahan pengeluaran atau perkhidmatan bagi mengurangakan risiko terhadap hidupan dan alam sekitar atau dalam inggerisnya 'continuous aplication on intergrated environmental preventive stratergy to produce product or services to increase eco-efficientcy sistem and and reduce the risk to human and environment'.

Pekataan penting di dalam istilah tersebut adalah:
  1. Continious- Berterusan
  2. Preventive Stratergy - Kaedah mengelakan
  3. Eco- efficency
  4. Risk - Risiko
CP adalah satu sistem pengurusan yang berterusan dan ianya tidak bersifat sehenti atau projek yang berhenti pada satu tahap kejayaan.  Setiap masa ada pembaharuan yang boleh dilaksanakan daalam operasi dan pengurusan yang digunakan bagi menambak persekitaran.

Stratergi itu satu perkataan yang besar dan mungkin kompleks, ianya membawa maksud satu susunan kerja yang sentiasa disemak bagi mendapatkan keputusan yang sempurna.  Preventive adalah langkah yang diambil bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku risiko terhadap persekitaran dan manusia. disamping memastikan ekosistem dapat dijaga.

Kita selalu mendengar tentang Piramid Pengurusan Buangan iaitu 'reduce, reuse, recycle, reworks' dan 'dispose'.  Berikut adalah image yang selalu kila lihat:


Si tuasi ini memang kita selalu lihat di tempat-tempat kerja kita hanya sedikit bahan sahaja yang kita akan guna semula hampir tiada pula bahan yang rosak kita perbaiki untuk kegunaan kali kedua.  Benda ini jarang kita lihat apatah lagi hendak melihat usaha untuk mengurangkan bahan buangan akhir sekali kita akan mengalami masalah dalam berhadapan dengan kos pelupusan buangan.  

Kita juga telah bayak mendengar istilah seperi 3R dan 5S tetapi di dalam CP pekara-pekara ini di gabungkan menjadi satu stratergi yang tersusun bagi menghasilkan satu kerja yang lebih selamat serta lebih menguntungkan.  Dengan stratergi yang sesuai maka buangan akan menjadi kurang dan kos pengurusan turut berkurangan.



Pasti ramai akan mengatakan  kos untuk membuang sampah tidak sampai pun RM 1000 dan bagaimana pula ia akan menguntungkan sesuatu organisasi?  memanglah benar sekira kita lihat dengan sekali imbas tetapi peningkatan kefahaman pihak awam sejagat  sebenarnya akan membuatkan orginasasi bertambah maju.


No comments:

Post a Comment