Tuesday, June 4, 2013

Kisah benar dalam Politik hidup aku ...(sambungan bhg 2)

sambungan entri aku terdahulu...

Seperti yang aku ceritakan terdahulu mungkin kedengaran seperti satu cerita rekaan tapi terpulanglah persepsi masing-masing.  Tapi apa yang ingin aku katakan disini pengalaman aku sedikit sebanyak telah membuka minda aku dalam kancah politik Negara Malaysia.  Kebelakangan ini kita mendengar, membaca dan melihat bagaimana terdapat parti yang tidak berpuas hati dengan kemenangan pihak yang lain.  Kita juga sering mendengar kata-kata buruk berkaitan pihak lawan.  Kita juga sering bertanya kenapa sipolan dan sipolan enggan meninggalkan kerusinya walaupun telah dihentam hebat.

Kembali kepada kisah politik di dalab kelab sukan jabatan aku bilangan ahli tidaklah seramai rakyat Malaysia ni, tapi kisahnya hampir sama.  Biar aku cuba kupaskan sedikit berkaitan pekara ini (yang terlepas baca disini)

Di dalam satu organisasi pastinya kita tidak termampu untuk memuaskan hati semua individu.  Pandangan kita dan atau makhluk lain pastinya tidak sama  dan Allah memberikan keupayaan  manusia dalam keadaan berbeza, aku teringat kata guru aku ada ayat alquran

“Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan bagi sebagian yang lain. Maukah kamu bersabar? Dan adalah Rabbmu Maha melihat. ” (Al-Furqan: 20)

Inilah yang berlaku dalam 'kerajaan" kecil di Jabatan aku itu.  Sesungguhnya mereka yang bertentangan pendapat dengan aku dan 'kabinet aku" merupakan satu cobaan dan masa yang sama mereka juga adalah sebagai satu penyeimbangan integriti.

Memburuk- Burukan individu.
Pekara ini memang berlaku tak kira sebesar mana 'kerajaan' kau orang.  Memburukan pihak lawan adalah satu kaedah yang sukup mudah digunakan dan dianggapkan satu senjata yang paling berkesan bagi menjatuhkan mana-mana ketua.  Kaedah ini biasanya tidak memerlukan modal yang besar hanya menggunakan kata-kata dan persepsi tanpa fakta tepat.  Yang indahnya ianya akan di dendangkan mengunnakan irama dan intergriti.  Contohnya di dalam Kelab aku dulu, pihak yang kurang senang menimbulkan isu menghabiskan wang kelab dengan mengadakan mesyuarat yang acap kali menghidangkan makanan kepada AJK.

Satu lagi menggunakan isu pembelian kamera yang dikatakan lebih mahal dari harga sebenar walaupun hakikatnya membandengkan harga Panasonic FX35 dengan harga pentex sememangnya tidak lojik.

Satu lagi isu yang di gembar gembur adalah pemberian kontrak pembekalan makanan untuk mesyuarat dan aktiviti dikatakan diserahkan kepada 'kroni' - macam kes kerajaan Malaysia cuma 'kontrak itu cuma berharga tidak sampai pun RM 100.00.  Yelah sebagai Timbalan Pengerusi sebenarnya aku terpaksa memikirkan tentang kualiti perkhidmatan.  Adakah aku perlu memberikan duit kelab bagi membekalkan makanan tetapi hasilnya barangan jauh tidak berkualiti.  Cth. paling senang, kalau kamu ada duit untuk membinasebuah rumah, siapakah yang kamu akan pilih?  pasti kamu akan cari kontraktor yang benar-benar boleh menjalankan kerja kamu pasti tidak mahu rugi bukan?  Jadi apasalahnya kamu memilih orang yang benar berkemampuan melaksanakan tugas dengan baik.

Isu lain dikatakan hanya orang tertentu sahaja mendapat peluang menjadi kaya.  Hahaha itu alasan orang yang hendak kaya cepat.  Tiada cara yang mudah untuk kaya kecuali berusaha.  Kadang-kadang kita kena lihat diri  kita sendiri dan kenapa kita tidak mendapat rezki seperti persaing kita.  Kita lupa kadangkala kualiti hasilan kerja kita tidak setanding mereka dan sepatutnya kita perbaiki serta  buktikan semula kebolehan serta perubahan kita. 

Menutup fakta sebenar
Penutupan fakta sebenar satu langkah yang 'influence' penyokong.  Kejayaan mengumpulkan dana bagi kegunaan ahli tidak di ceritakan.  Fakta tentang hasil keputusan perbincangan bersama dibelakangkan dengan cara tersebut 'rakyat' lain tidak nampak pekara sebenar dan turut di kaburi dengan dakyah palsu.

Pembentukan Kumpulan 'Penentang'
Dalam diam individu tersebut akan mulakan pergerakan penentang dalam diam biasanya suara mereka akan didengari ketika perjumpaan dalam sekala besar, tetapi pergerakan mereka telah dimulakan dalam senyap bagi menanam perasaan tidak senang hati di dalam beberapa orang yang memang mereka kenali.  Penyokong inilah akan menjadi  'bukti' segera yang biasanya akan digunakan ketika perjumpaan dijalankan.  Ketika ini apa juga penjelasan dari AJK akan disankal oleh kumpulan senyap ini.

Hasilnya 
Usaha yang dijalankan oleh 'kabine't aku tidak dihargai, walaupun ada usaha untuk mengekalkan AJK disuarakan namun kami berkeras untuk tidak bertanding kerasa sokongan telah lemah.  Aku dan rakan AJK lain akur dengan keputusan suara ramai kerana kami hanyalah berkhidmar untuk ahli,  sekirangya majoriti ahli memilih kita baru kita boleh meneruskanya.  Kalau telah kurang sokonganya akur sahajalah.

Hasilnya dari pemindahan tampok kekuasaan kewangan Kelab merudum jatuh sehingga tidak mampu lagi menjalankan aktiviti.  Tapi semua ahli kenalah akur kerana itulah pilihan kita.

Pengalaman aku ini telah mengajar aku banyak pekara di dalam berpolitik secara besara dalam kontek Negara Malaysia dan PRU 13.  Aku tidak kira apa yang kau orang kata dan apa yang korang lihat yang pastinya pandangan kita tidak serupa.  Mungkin ada kebenara yang dikatakan oleh pihak pembangkang tapi semuanya boleh diperbaiki kalau kita turut ikhlas berjuang untuk rakyat dan Negara.  Tapi aku lihat perjuangan sebenarnya ada pertunjuk mengarahkan kepada kepentingan 'SENDIRI'.








No comments:

Post a Comment