Monday, June 3, 2013

Kisah benar dalam Politik hidup aku (pertama)

Aku bukanlah ahli politik termahsyur yang dikenali ramai tapi aku nak kisahkan kat sini berkaitan politik yang kecil yang biasanya kita kenali sebagai JAWATAN KUASA taupun PERSATUAN.  Ini adalah politik kecilan tapi pengalaman aku ini, aku rasakan amat berharga untuk aku kongsikan sebagai renungan.

Aku telah dilantik atau dipilih melalui mesyuarat ahli yang seramai 70 orang menerajui Kelab Sukan Jabatan aku.  Aku dipilih menjadi Timbalan Pengerusi berkhidmat dengan 10 orang ahli jawatan kuasa yang lain untuk tempoh 2 tahun.  Kalau dibandingkan dengan Negara samlah aku terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri melalui Pilihan Raya bezanya bilangan rakyatnya agak sedikit.  Besar tu jawatan aku tu sama rank dengan TPM hahaha.

Hampir setahun kami mengelolakan dan menjalankan aktiviti di dalam kelab tanpa sebarang halangan sehinggalah satu ketika bila akuan Kelab yang dijana mencecah puluhan ribu maka ceritanya mula berubah.  Ketika itu baru terdengar kata-kata dibelakang yang memburukan AJK (kabinet Kelab Sukan) antaranya ada mengatakan 'kabinet' ini makan duit kelab dengan membuat mesyuarat bulanan, ada juga yang melemparkan cercacaan aktiviti kelab melibatkan pembekalan makanan melalui 'kroni' tertentu.

Sebagai TPM dalam kelab aku, aku tahu pekara sedemikin sebenarnya di mulakan oleh ahli kaninet aku sendiri yang mungkin tidak puas hati dan aku tahu sebabnya.  Pekara tersebut belarutan sehingga satu ketika bila Kelab diberi amanah untuk menguruskan satu majlis jabatan yang memakan belanja hampir RM 30,000.  Alhamdulillah semua berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Aku kecuali satu pekara yang kecil dan akhirnya diperbesarkan menjadi isu.

Kelab aku diminta untuk membekalkan sebuah kamera kepada Jabatan melalui keuntungan yang dipeolehi.  Kelab bersetuju dengan syarat menetapkan harga kamera tersebut tidaklah melebihi RM 1400.00.  setelah diperbincangkan kedua pihak bersetuju dengan jumlah tersebut.  Seperti biasa aku keluar mencari peralatan yang dikehendaki dan aku mendapatkan beberapa sebut harga dan aku berikan kepada wakil Jabatan.  Aku meminta mereka memberikan sepesifikasi yang tepat untuk aku beli berdasarkan sebut harga  yang aku beri.

Aku terus menunggu sehingga sekian hari untuk mendapatkan maklumat tersebut tapi tidak dapat jadi aku tidak langsung peduli untuk membeli sehingga satu hari aku dipanggil ketua Jabatan disoal kerana aku enggan membeli kamera untuk Jabatan.  Aku terkejut dengan pekara tersebut apatah lagi bila ketua Jabatan aku mengarahkan aku untu menyerahkan RM 2000.00 kepada wakil Jabatan untuk membelinya.  Sebagai pemegang amanah aku membantah atas sebab perjanjian hanya RM 1400 sahaja dengan itu aku terus membuat pembelian sebuah kamera tapi sayang model yang aku cadangkan telah kehabisan jadi aku terpaksa membeli satu unit yang lebih mahal iaitu 1499.

Paling menyakitkan hati aku bila aku serahkan kepada jabatan,  ketua Jabatan aku dengan selamba berkata , "semalam anak saya beli kamera harga 340 sahaja." Aku dengan bengangterus menjawab, "jangan kata RM 300, saya pun boleh beli lebih murah dari itu, tapi kenapa nak mintak RM 2000.00 kalau dah tahu ada yang berharga RM 300?"

Selepas beberapa bulan AJK atau kabinet kami di bubarkan dan pelantikan kerajaan baru diadakan.  Ada yang mencadangkan Kerajaan dikekalkan tetapi aku dan beberapa AJK bekeras untuk tidak dilantik semula kerana kecewa dengan perangai rakyat kelab kami itu.  Dalam pemilihan kali itu rata-rata aku lihat pemilihanya  dibuat mengikut citarasa kumpulan pembangkang yang menabur cerita buruk kepada kami.  Aku kenal mereka keran dalam barisan kerajaan kita tetap kenal akan penentang kita dan kita tahu latar belakang mereka betapa cemerlangnya merka atau berama amanahnya mereka semua.

Sepanjang perkhidmatan barisan kabinet baru banyak rungutan dan ketidakpuasan hati rakyat kelab didengari dan kami bekas-bekas menteri hanya berdiam diri sebab kami telah menjangkakanya.  Sehingga satu peringkat ada ahli yang mencadangkan agar AJK baru di gulingkan apa bila menyedari duit kelab yang dijaba oleh AJK terdahulu sebanyak RM 32 000 hampir habis.  Akhirnya setelah tamat tempoh perkhidmatan AJK tersebut memang benar mereka semua sangat cemerlang dalam memberikan khidmad kerana penyerahan ajk disambut dengan akau sebanyak RM 800 sahaja.

Ini adalah kisah benar aku di dalam KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN Jabatan aku.(nama Jabatan tak payah aku ceritakanlah).  AJK dilantik tidak mendapat sebarang gaji atau bayaranberkhidmat untuk ahli yang seramai 70 orang dan lebih.  Semua ahli adalah saling mengenali dan kita tidak dapat mencuri atau menipu kerana pasti akan diketahui sesama kita.  Cuba kita bayangkan Jabatan aku sebagai satu Negara dan Kelab Sukan aku itu sebuah kerajaan yang menjaga kebaikan rakyat jelata.

Pemilihan AJK melalui pengundian yang disahkan secara terbuka dihadapan semua ahli walaupun semasa pemilihan ada kakitangan yang tidak hadir tetapi yang menang tetap adalah yang majoriti.  Setelah aku teliti kejadian ini ada persamaan dengan apa yang telah atau mungkin berlaku dalam kerajaanMalaysia  kita ini.  Apakah pengajaran yang kalian perolehi dari penceritaan aku in?  Ini bukan satu karangan atau nukilan cetusan tsunami PRU 13 tapi rualiti yang berlaku 5 tahun lalu.  AKU AKKAN CUBA KIASKAN PENGAJARAN AKU DALAM KISAH INI DI CORETAN AKU YANG AKAN DATANG.

Sekian Wassallam..

No comments:

Post a Comment