Monday, June 3, 2013

Perhimpunan 505 dan keputusan PRU 13

Assalamualaikum,
Lama benar aku tidak menulis di dalam blog ni sebab aku lebih banyak menghabiskan masa dengan mencuba peluang Forex.  Yelah tapi sekarangrasanya keputusan PRU 13 sering menjadi punca pertelingkahan dan rasa sedih aku setiap malam bila membaca di media mengenai pekara ini.  Hari ni aku cuba perkatakan isu ini dalam koteks bahasa aku sendiri.  Aku bukan pakar dalam bidang politik tapi sedikit sebanyak aku pernah aktif lama dulu tapi kini tidak.

Setengah orang kata politik itu kotor penuh dengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.  tetapi kita sering mendengar kata-kata itu terpancul dari hujung keyboard pengarang dari kalangan pembangkang.  Namun ada juga dari kalangan penyokong kerajaan juga cuba mempertahankanya.  Tapi bagi mata hati aku semuanya sama baik pembangkang ataupun kerajaan.  Yang sebenarnya tiada kerajaan yang rasuah atau salah guna kuasa tetapi yang sebenarnya  IINDIVIDU yang rasuah bukan kerajaan.  Kalau kerajaan rasuah masuklah keuntungan rasuah itu ke dalam akaun Negara tak begitu?

Kalau pembangkan memang hendak berkuasa bagi tujuan membersihkan rasuah sepatutnya mereka memikirkan pekara secara rasional.  Membenteras rasuah ataupun jenayah tidak semestinya dengan menjadi pemerintah.  Dimana jua anda atau kita berada sebenarnya kita boleh menyumbang dalam pembenterasan pekara tersebut.  Kerjaan hanya membuat dasar dan perlaksanaanya dijalankan oleh individu yang dilantik.

Satu pujian bila meliahat perhimpunan 505 ni tapi hanya untuk pengumpulan rakyat pelbagai bangsa dalam satu kawasan tapi apakah MATLAMATnya.  Matlamat yang tersirat dan matlamat tersurat kalau diteliti secara mendalam tidak ada matlamat yang tepat dalam perhimpunan sedemikian.  Antara pekara yang dibangkitkan:

Penipuan kerajaan dalam penggunaan ink kekal, kerajaan telah menyusun keputusan sebelum pilihan raya,  SPR bersekongkol dengan kerjaan,  penggunaan pendatang bagi mengundi kerajaan,  black out dan macam-macam lagi.  Tujuan utama menunjukan kepada kerajaan perhimpunan yang dapat mengumpul rakyat mencecah ratusan ribu.  Diakhir perhimpunan tersebut akan dibuat secara jalanan.

Persoalan yang aku tidak dapat jawapan:


  1. Kenapa perhimpunan tersebut mesti dibuat? dan kenapa mesti di kawasan bandar? adakah tujuanya hendak menakutkan kerajaan atau hendak menunjukan kepada dunia akan kebodohan negara dengan cara ini ramai yang akan takut untuk datang ke Malaysia serta juga menyebabkan investor takut dan lari dari Malaysia serta menyebabkan kegara mengalami masalah kemudian mereka akan menyalahkan kerajaan.  Bodohlah kita kalau kita nak merosakkan masa hadapan kita sendiri?
  2. Kenapa isu ink dijadikan isu tidak kekal dan sebagainya? adakah semua ratusan ribu yang datang dalm perhimpunan itu inknya tidak tertanggal.  Dimana pula ianya menjadikan ianya tidak adil?  Bukankah bilangan yang hadir untuk mengundi itu adalah sama dengan bilangan yang disemak di dalam kawasan pembuangan undi? Tak nampaklah kat mana tak benarnya.
  3. Terdapat kata-kata yang menyebut pendatang yang mengundi dan ada juga yang mengatakan muka pengundi menyerupai pendatang lalu menyerang dan menghalang.  Bukankah negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum dah lama pun dan bukan pekara baru pun.  Dah ramai yang kahwin campur ada India Kahwin India, dan sebagainya dan ada juga cina kawin melayu dan muka anak merekapun dan jadi pan asia jadi muka bukanlah pengukuranya kenapa menjadi isu? Janganlah nak memulakan isu perkauman kerana negara kita negara majmuk.
  4. Isu Zalim ... Zalim bagaimana? adakah semua rakyat Malaysia dizalimi secara berterusan? Aku pernah susah dulu semasa bapa aku hanya seorang askar tapi kini aku telah mampu memiliki kereta  dan ada yang telah mampu memiliki kapal terbang pun tapi di mana berlakunya kezaliman?    Yang menzalimi kita bukan kerajaan tapi individu bukan kerajaan.  Kerajaan itu sendiri tak pernah kenal dengan aku jadi zalim tidak pernah menjadi isu dan tidak ada bukti pun.
Pendek kata, kalau kita, aku, kamu dan mereka mempunyai bukti dalam apa jua hal, gunakanlah secara baik .. laporkan kepada pihak berkuasa dan jangan dicanag dan mengabil keputusan serta menjadi hakim sendiri....  Kalupun kamu dapat mengunpulkan 1 juta rakyat di tepijalan kita masih belum mewakili kesemua rakyat Malaysia jadi kenapa kita tetap berbangga kerana kita tetap kalah.

Satu lagi aku nak katakan kalau kita mati dalam pekara seperti itu apakah keuntungan? siapa yang untung? adakah sedang berjihad? apa dalilnya adalah menimbulkan hura hara di kategorikan sebagai JIHAD.  Cuba bayangkan negara yang aman jalan yang tenang, perniagaan yang berjalan lancar tiba-tiba kita buat rusuhan adakah ini JIHAD.  Bila pihak berkuasa mengambil tindakan adakah mereka Zalim kerana hendak mengawal kita semua dijalan sebelum menyusahkan rakyat yang lain?  Siapa yang zalim mengeheret anak ketempat yang tidak aman serta terancam.

SEDIH RASANYA BILA SELURUH DUNIA TERINGIN UNTUK DATANG KE MALAYSIA TETAPI KITA DI MALAYSIA CUBA UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA KITA SIAPA UNTUNG?... pastinya PATI akan seronok

CARILAH KEBENARAN YANG HAKIKI DAN JANGAN HANYA MENJADI PENGIKUT SELIDIK AKAN KEBENARAN...

Adakah kamu percaya akan ISLAM DAN MENGAKU ALLAH ITU ADA walaupun kamu tidak perbah melihatnya.  Tanya diri kamu bagaimana kamu mempercayainya? bukankah dengan kehadiran bukti yang nyata dalam alquran dan hadith.  Apa pun tindakan kamu  hendaklah kamu berpandu dengan bukti dan jangan hanya berdasarkan kata-kata, kata-kata tanpa bukti menjadikanya satu fitnh bersekongkol dengan pemfitnah itu pula adalah zalim..

No comments:

Post a Comment