Monday, March 15, 2021

Adakah Malaysia Sahaja Yang Mengawal Bunyi Bising Motosikal

Sedih bila membaca statment natizen yang mengatakan Malaysia negara yang satu satunya mengawal bunyi motosikal.  Kononya satu dunia sedang mengetawakan Malaysia serta JAS sebab buat undang undang sedemikian.  Ada juga mengatakan berat sebelah kerana motosikal seperti Ducati Pinagale bunyinya  sudah terlebih sedari kilang tidak diambil tindakan.  Ada juga segelintir yang memberi alasan sebagai faktor keselamatan.

 Vehicle Noise Measurement and Monitoring Equipment

 Sebelum kit abincang panjang mari faham apa itu BUNYI.  Kalau nak jelaskan apa itu bunyi mungkin saya perlu tulis sehingga beberapa muka surat, saya cuba jelaskan secara ringkas lagipun saya bukan pakar tapi sempat belajar sedikit,  untuk maklumat lengkap anada kena gali sendiri.

Secara amnya bermaksud satu gangguan kepada tekanan molekul udara,  Gangguan ini akan mengebabkan berlakunya gelombang dan gelombang ini akan menghasilkan tekanan.  Tekanan ini akan masuk ke dalam telinga dan mengerakkan gegendang telinga.  Lebih kuat tekanan akan menyebabkan gegendang akan rosak. Dalam bahasa inggeris Noise dan Sound.  Noise lebih kepada bunyi bising dan sound adalah bunyi yang biasa di dengar.

Kajian saintis telah menunjukan bunyi  disebabkan oleh getaran, Getaran menyebabkan molekul udara bergerak sehingga kepada penerima.  Gambarajah dibawah menerangkan lebih mudah berkaitan getaran eksperimen kedua kita boleh lakukan dengan memasukan air ke dalam talam, biarkan ia tenang kemudian jatuhkan satu objek bulat ditengah talam.  kita akan dengar bunyi dan dapat lihat ombak berlaku pada permukaan air tadi

 

 Pembentukan ombak dapat di lihat tetapi bunyi tidak dapat di lihat.  Jarak antara gelombang tertinggi atau terendah dipanggil jarak gelombang (Wavelenght) dan kekerapan gelombang dalam saat di kenali sebagai frekunsi. Unit bagi frekunsi adalah hertz dan sekiranya 1 hz bererti satu gelombang dalam 1 saat.  Bunyi pula disebabkan tekanan yang terhasil dari gelombang ini.  bunyi pula di ukur dalam unit db atau decible yang membawa maksud sound pressure.  Makin tinggi saound pressure maka semakin bahayalah keadaanya.

 Decibel Scale - Typical Sound Levels (dBA) - From bottom to top (blue to red in color): Noise, 0 - Threshold of Hearing (1000hz), 10, 20 - Silent Study Room, 30, North Rim of Grand Cayon, 40 - Soft Whisper (5 ft. away), 50 - Urban Residence, 60 - Conversation (3 ft. away), 70 - Classroom Chatter, 80 - Freight Train (100 ft. away), 90 - Boiler Room, 100 - Construction Site, 110 - Night Club (w/ music), 120 - Operating Heavy Equipment, 130 - Jet Taking Off (200 ft. away), 140 - Threshold of Pain. For problems with accessibility in using figures, illustrations in this document, please contact the Directorate of Technical Support and Emergency Management at (202) 693-2300.

Bolehkah anda faham setakat ini?

Selain dari itu kita kena tahu bunyi boleh   ini boleh bergerak melalui semua medium kecuali keadaan vacum.  Bunyi juga boleh dipantulkan dan akan berkurangan dalam jarak tertentu hukum fizik menyebut tenaga gelombang akan berkurangan 6dB bagi setiap satu meter. Bila mengira jumlah bunyi bising dari dua punca caranya adalah berbeza dari matematik biasa.  Bunyi tidak boleh diambil jumlah purata tetapi jadual dibawah boleh digunakan

tab1

Sekiranya anda menjalankan satu pemeriksaan bunyi, kadangkala anda mendengar bunyi yang berbeza tetapi bacaanya adalah pada dB yang sama.  Kenapa ini berlaku? sebabnya adalah ukuran hanya dibuat pada tekanan bukan jenis bunyi,  Telinga manusia boleh menerima dalam frekusi yang tertentu sahaja keadaan semula jadi terdapat pelbagai frekunsi yang terhasil daya penerimaan telinga akan berbeza. Di dalam pengukuran bunyi ada di tulis sebagai dBA, dBC dan dBZ.  A, C dan Z menyatakan pemberat kepada pengukuran yang dibuat.

Dalam kajian sains juga memberitahu pendedahan kepada bunyi yang mempunyai tekanan melebihi 90 dBA untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.  Pendengaran boleh hilang sedikit demi sedikit dan sekiranya tekanan melebihi 140 dBA akan menyebabkan kesakitan.

Berdasarkan  kajian inilah undang-undang kawalan bunyi diadakan dan bukan setakat negara Malaysia tapi di seluruh dunia.  Satu perjanjian yang diterima pakai sebarang kenderaan yang dibawa masukatau dibina atau dipasang di dalam sesebuah negara hendaklah mematuhi kehendak perjanjian tersebut.   Melalui perjanjian dinamakan Addendum 40: Regulation No. 41 undang-undang kawalan bunyi ini di gubal.

Semua negara di dunia  seperti Jepun, Amerika, India, Italy dan sebagainya yang mana ada mengeluarkan kenderaan atau memasang kenderaan  serta menandatangani perjanjian ini.  Semua akan patuh dengan mengadakan polisi-polisi sendiri dan dinegara kita polisi di tulis dalam bentuk undang-undang.



Sunday, March 14, 2021

Try Mee Tarik Warisan Asli

Pertama kali cuba makan di restoran china halal.  Sudah lama aku tengok restoran ni beroperasi di Sun Way, Seberangjaya tapi tak berani nak cuba.  Aku takut rasanya tidak akan menyamai citarasa orang melayu.
Setelah lama aku perhatikan semakin ramai orang yang masuk memasan makanan akhirnya aku buat keputusan untuk makan disini.  Fisrt aku pesan persan nasi putih dengan daging .  Bila sampai inilah hasilnya.
Perh meriahnya menyelerakan. Anak dan isteri aku pesan nasi goreng telur.  Bila sampai anak mula sambar daging .. nak tengok macam mana...

Last sekali semua aku punya menu dia tarik.

harga menu yang kami makan hari ni kira okeylah... taklah mahal sangat kan .... sebab bini yang bayar.. hehehe.
S3gi rasa, kalau si bongsu aku boleh habis kami kira okeylah sebab dia ni ada sikit susah untuk dibawa makan diluar. Bagi aku pulak masakan aku pesan sikit sebanyak sama macam paprik daging cuma kalau ala thai ada bau limau purut sikit tapi ni ada mcm bau herba. Tak dapat aku tangkap bau apa. 
Overall okey!


Tuesday, March 9, 2021

Terlalu ramai rakyat marah pemeriksaan ekzos motosikal

 Kebelakangan ini ramai sangat pakar serta perjuang kepada pesalah menungang motosikal dengan berhadapan dengan tindakan undang-undang.  Antara kesalahan yang dipertikai adalah kesalahan melepaskan bunyi bising dan ubah suai kenderaan (motosikal)  Aku sempat semak latar belakang yang memberi komen negtif ini, datangnya dari pelbagai latar belakang tetapi kebanyakan berumur antar 35 tahun dan kebawah pendek kata remaja.  Ada antaranya adalah profesional sehinggalah peringkat sokongan rendah.

Gambar dari website luar

 Setiap kali ada "upload" berita berkaitan operasi maka ramai netizen akan berbahas mengenai tanggungjawab serta isu yang tak berkaitan. Ada yang persoal kenapa tiba-tiba penguatkuasaan dijalankan.  Tidak kurang juga yang membandingkan kepentingan tindakan penguatkuasaan dengan pembangunan yang lain contohnya baik pulih jalanraya dan penyelesaian masalah lain.  Ada juga yang mempersoalkan berapa bilangan kematian yang disebabkan kesalahan ekzos.

Bagi yang tanya berapa nyawa telah hilang sebab kesalahan  bunyi bising dan ubah suai motosikal biar aku paparkan gambar berikut yang aku perolehi di website di Malaysia:

Mat Rempit Dies, Injures Another Person in Illegal Race - BikesRepublic

Motorcycle Racing ends in massive crash - YouTube

 Apa pandangan kau orang adakah yang menyertai perlumbaan haram atau rempitni di kalangan motosikal yang standard kilang? entahlah setaka hari ni yang aku nampak semuanya dah berbeza dari model keluaran kilang yang 'obvious' ekzos dan juga bunyi.  Sebab sikap kurang sesuai anak muda sebeginilah menyebabkan pihak awam mula membuat aduan kepada pihak berkuasa.  Bila dah aduan diterima maka terpaksalah Jabatan kerajaan menjalankan tugas jadi  janganlah disalahkan pihak berkuasa.

Bagi persoalan simpati kepada pekerja penghantar makanan yang mana kenderaan mereka di rampas.  Sebagai manusia ya memang ada perasaan simpati tetapi dalam perkataan PENGUATKUASAAN, ianya terpaksalah diketepikan.  Pernah kami menghantar satu keluarga ke stesen bas kerana simpati apabila motosikal mereka di sita.  Sudah itu kehendak perundangan nak buat macamana.

Aku sendiri sebelum menyertai Jabatan kerajan telah dikompaun kerana bunyi bising sekitar tahun 1994.  Semasa itu aku seorang pekerja kilang di Perai, niat aku untuk menambahkan sedikit kelajuan motosikal RXZ aku ketika itu telah mengundang padah. Ketika itu memang aku berasa marah tetapi dah aku yang membuat pilihan jadi terima ajelah.

JSPT KL Tahan dan Saman Penunggang Motosikal Ubahsuai Ekzos Bising –  MalaysiaGazette
SLM model onosuki berharga antara RM 5000 hingga RM 15000

Ada juga yang lebih berani membuat ujian bunyi dengan peralatan sendiri dan mempertikaikan keputusan ujian yang dijalankan JAS kerana dikatakan bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan yang baru keluar dari kilang.  Konon ujianya telah dilaukan mengikut undang-undang tapi melihatkan meter yang digunakan juga tidak termasuk dalam kategori di dalam undang-undang.  Tiada kalibrasi sirim apatah lagi menjalankan ujian di dalam bangunan.

Dalam operasi sepadu yang dijalankan oleh JAS, JPJ, Jabatan Trafik sebenar semua kesalahan akan diambil kira tiada lesen, pemandu mabuk, tiada cukai jalan, cermin gelap, serta perundangan yang lain.  Tidak timbul kata operasi hanya menumpukan bunyi dan ubah suai motosikal sahaja.  Apa sahaja kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan undang-undang malah kadang kala pendatang haram, penyeludup serta penagih dadah juga ditangkap semasa operasi sepadu yang disertai jabatann yang terbabit.

Dalam isu yangdigembar gembur ua tiga hari ini adalag BUNYI BISING dan UBAH SUAI.  Perlu dingatkan JAS hanya menguatkuasa perihal bunyi bising iaitu Peraturan Kualiti Alam Sekliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2000.00 atau disabit kesalahan bawah Akta Kualiti Alam Sekliling 1974 bolehdidenda sehingga RM 100 000 atau 5 tahun penjara. sekali tagi di tegaskan JAS hanya menguatkuasa kesalahan menghasilkan bunyi bising sahaja.  Kalau sesiapa membuat ubah suai kenderaan atau ekzos tetapi bunyi tidak melebihi standard dia tetap tidak salah di bawah AKAS.

Modifikasi Ysuku cabar pihak berkuasa

 Berbeza dengan pihak Polis dan JPJ mereka mempunyai bidang kuasa dalam perihal ubah suai kenderaan.  Dalam peruntukan undang undang yang dikuatkuasakan jabatan ini berbeza, anda ubah suai kenderaan walaupun tiada bunyi bising juga adalah satu kesalahan.  Jadi kena faham baik baik sebab apa ubah suai ini adalah diharamkan atau salah kepada undang undang.

Jangan ingat semua kendraan yang masuk ke dalam pasaran secara halal berlaku sewenang wenangnya.  Peringkat kebangsaan, ada Jawatankuasa yang akan mengkaji terlebih dahulu model kenderaan yang akan memasuki Malaysia kalau tidak silap dikenali sebagai bahagian VTA.  Tidak kira apa jenis kenderaan dari SYM hinggalah Ducati.  Semua spec kenderaan telah tertulis jadi sebarang pindaan tanpa kelulusan adalah UBAHSUAI HARAM lah.   Jadi kenapa nak buat buat pandai buat video bagai dan dok salahkan orang lain undang-undang dan peraturan itu dah ada lama dan ianya tidak menyebelahi sesiapa.

GARIS PANDUAN KELULUSAN JENIS KENDERAAN (PINDAAN) 2017Sekian buat hari ini aku akan sambung lagi nak cerita  pasal bunyi dan dB (decible) pada hari yang mendatang

Bagi siapa yang nak mengutukpun silalah tapi siapa nak balajar sila aje rujuk google... cepat.

Wednesday, September 30, 2015

Pencemaran Dari Penternakan Babi. (Pengenalan)

Hari ini aku ingin menulis berkaitan pencemaran berkaitan industri penternakan babi.  Setengah orang terasa sensitif bila menggunakan perkataan babi dan mereka lebih suka menggunakan perkataan kinzir.  Bagi aku apa sahajan perkataan yang digunakan, ianya membawa maksud yang sama jadi mereka yang sesnsitif bila terbaca huruf B>A>B>I pandai-pandailah tukarkan kepada bunyi khinzir.
Large scale fattening unit
Aku rasa ramai yang ingin mengetahui berkaitan pencemaran yang berpunca dari babi ni tapi sukar hendak dijelaskan.   Aku pernah cuba untuk menerangkan pekara ini kepada badan induk pelulus projek peringkat Negeri tapi ianya lebih mudah menceritakan prihal hantu dari isu pencemaran. Lebih ramai orang percaya hantu dari percayakan isu pencemaran.  Jadi kalau anda hendak memahami aku minta anda cuba bukakan minda anda terlebih dahulu.

Selama ini kita selalaunya mendengar  BABI ini adalah pekara yang sangat dibenci oleh orang melayu serta orang Islam. Untuk pengetahuan umum, islam bukan satu-satu agama yang melarang memakan babi malah penganut agama Yahudi juga dilarang mengambilnya. Selain itu  dalam prihal pencemaran sebenarnya ianya bukan sahaja mencemar serta menggangu orang Islam malah juga mengganggu sesiapa jua tak kira agama serta bangsa. 

Dari segi sains Babi berada di dalam genera SUE dan ada banyak spesis yang berselerak di seluruh dunia.  Babi juga tergulong dari jenis omnivor yang bermaksud pemakan tumbuhan dan haiwan.  Di dalam kehidupan liar dan biasa, babi akan memakan apa sahaja daripada bangkai sehinggalah pucuk tumbuhan. Sifat permakanan serta pembiakannya sebenarnya banyak mendatangkan masalah sekiranya dibiarkan secara semula jadi.(sumber wikipedia) tanpa kawalan dan pemerhatian.

Isu penternakan babi dan masalah yang timbul telah lama di bahas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.  Ianya bukan sahaja melibatkan sensisitivity kaum tetapi sebenarnya telah menjadi sensitiviti masyarakat setempat yang berhadapan dengan punca sebenarnya. Melalui rencana yang diterbitkan di dalam Environmental Health News  yang di tulis oleh Wing S, RA Horton and KM Rose. 2012. Air pollution from industrial swine operations and blood pressure of neighboring residents  menceritakan segala permasalahan sebenarnya yang jarang di ceritakan sebelum ini.

Masalah yang paling ketara dari penternakan sebegini adalah masalah bau dan pelepasan kumbahan yang dihasilkan. Biasanya penternak babi menggunakan kaedah  penternakan separa terbuka.  Babi akan dibela di dalam kandang yang berbumbung dengan lantai simen tanpa dinding bagi tujuan pengudaraan.  Kerana faktor cuaca di negara kita boleh menyebabkan gangguan kepada pembiakan babi tersebut maka kaedah ini lebih popular.  Buangan najis dan air kencing babi biasanya di cuci dengan menggunakan air beberapa kali sehari bagi menjamin kebersihan.

Berapakah kuantiti air yang digunakan dalam kandang babi?   agak susah untuk menganggarkan penghasilan buangan air yang dihasilkan dari sesebuah kandang babi.  Walau bagaimanapun terdapat data melalui kajian oleh Mchigan Universiti tentang penghasilan air buangan.  Walau bagaimanapun data yang di bentangkan hanyalah rujukan dan kuantiti sebenar mungkin jauh lebih besar dan mungkin lebih kecil dari yang diperkatakan dalam kajian tersebut.  Di dalam laporan tersebut menyatakan penghasilan air buangan dari proses cucian bagi operasi kandang dengan 2500 ekor babi adalah sebanyak 9,951,872 galon setahun.

Apakah Kaitan Air buangan dengan pencemaran ? Air buangan ini adalah air yang digunakan bagi tujuan cucian kandang.  Air cucian akan bercampur dengan buangan najis dan air kencing menyebabkan air bertukar kualiti.  Bahan organik akan bercampur dan di alir keluar.  Tahap pencemaran dari babi bergantung kepada kuantiti organik yang terbuang (najis) oleh babi tersebut.  Satu kajian menyatakan babi yang seberat 200 Ibs (90 kg) menghasilkan sehingga 13 Ibs (6 kg) najis.."..200 lb pig would produce about 13 lbs of manure a day..."
 
Dalam 13Ib najis ini pula mengandung pelbagai bahan yang juga dikenali sebagai Nutrient antaranya  nitrogen (N), phosphorous (P), potassium (K), calcium (Ca), magnesium (Mg), sulfur (S), manganese (Mn), copper (Cu), zinc (Zn), chlorine (Cl), boron (B), iron (Fe),  dan molybdenum (Mo). Ada lagi bahan yang terdapat di dalamya tetapi tersebut adalah elemen yang terpenting selain kuman (bakteria) untuk lebih maklumat berkaitan pekara ini boleh semah disini.  Dari sini kita akan ceritakan tentang pencemaran sambunngan pada  nukilan aku bertajuk Pencemaran Dari Penternakan Babi. (Pencemaran Udara dan Air)



Tuesday, April 22, 2014

Berita MH370 ISU APA SEBENARNYA?

Assalamualaikum semua yang terbaca atau yang ingin mencari media/maklumat untuk membaca Aku bukan ahli politik yang mempunyai sumber maklumat yang terkini dan jelas dan aku juga bukan cendikiawan yang mampu mengupas sesuatu isu yang diterima dengan prisian canggih. Cuma aku cuma ingin memeberi beberapa persoalan dalam isu ini.  Persoalan aku ini bukanlah membantu dalam mencari MH 370 itu sendiri tetapi kalau dikupaskanmungkin langkah pencegahanya dimasa akan datang boleh di ambil.

Persoalan Pertama:
Kenapa mesti masa yang diambil untuk mengumumkan terlalu lambat? Ini persoalan yang sering digembar gembur oleh pihak media sehingga para keluarga turut tertanya.  Isu ini sungguh mudah digunakan oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri bagi menghentam kerajaan.  Tapi bagi aku itu pekara biasa di dalam struktur organisasi kerajaan.

Kerajaan kita terlalu besar dan di dalam kerajaan ada beratus Jabatan yang mengawal selia semuanya secara amnya sentiasa bersiam siaga tetapi sebenarnya permasalahan yang besar kemungkinan penentuan apa yang dipanggil Operation Commander / on scene commander.  Siapakah yang sebenarnya berkuasa mengeluarkan arahan serta merta.  Dalam kes yang berkaitan dengan ruang /kawasan negara asing maka pastinya ada pertindihan kuasa yang membuat kekeliruan tetapi alhamdulillah ianya dapat diselelsaikan.  Pernyelarasan ini perlu diselaraskan semula setelah isu MH 370 selesai kelak.

Persoalan Kedua;
Maklumat yang bertindih dan berbeza-beza juga dikatakan menyebabkan timbul pekara yang tidak disenangi akhirnya ada isu menutuprahsia besar kerajaa.  Pertanyaan aku disini berapa ramaikah yang terlibat dalam menyiasat serta mencari?  berapa buah negarakah yang terlibat?  Kebiasaan dalam isu besar ini on scene commander biasanya akan melaporkan semua penemuan dalam bentuk laporan bertulis kebahagian pengumpul maklumat.  Biasanya pusat pengumpulan maklumat adalah bilik gerakan dan hanya ada satu sahaja bilik gerakan tetapi sekiranya kedudukan agak jauh maka pejabat operasi perlu ada..

Dalam kes MH370 tidak diketahui dengan tepat pusat operasi/bilik gerakan dan peringkat awal semua negara mempunyai bilik gerakan mereka yang tersendiri oleh itu semua pihak mengeluarkan maklumat menyebabkan maklumat berbeza atau bertindih menyebabkan  banyak maklumat yang mengelirukan.

Persoalan Ketiga
Maklumat serta bantuan pakar di perolehidalam masa yang agak panjang pertanyaan aku kenapa tidak di dapatkan pakar tempatan.  Ini terbukti penggunaan kaedah ping telah di terangkan pakar dalaman (Malaysia) 2 hari sebelum ianya  dijelaskan oleh pakar.  Mungkinkah kita kurang mempercayai pakar yang kita ada? atau ianya telahpun dilaksanakan.

Persoalan keempat.
Kenapa pihak ketenteraan tidak membuat tindakan bila mendapati/ radar menunjukan terdapat pergerakan mencurigakan di ruang angkasa sendiri? Dalam soalan ini aku tidak dapat membuat rumusan jelas walaubagaimanapun integriti Jabatan berkaitan telah dicurigai.  Tidak mungkin hanya seorang sahaja pegawai bertugas dalam pengawasan dan yang pastinya beberapaorang akan berada di kawasan pemantauan.

Tidak mungkin semua orang tertidur! mungkin juga kurang kecekapan bagi membezakan sesuatu ancaman atau hanya gangguan alam semula jadi.  Mungkin pegawai yang berada di situ hanya mengganggapkan kemunculan itu hanyalah sekawan burung atau sebagainya.  Ada kemungkinan juga laporan awal telah  dibuat tetapi arahan dari peringkat atasan gagal untuk digerakan atau kata lain lost of command. atau ada kemungkinan juga pegawai atasan mengabaikan maklumat awal tersebut.

Persoalan ke Lima
Andainya ada usur-unsur jenayah di dalam kejadian kehilangan ini siapakah yang hendak kita salahkan?.  Bagi aku masa ini tiada siapa perlu di salahkan kerana tugasan kakitangan atau pasukan adalah mengikut sistemnya tersendiri.  Sekiranya berlaku kesilapan dan sistem telah dipatuhi maka yang silap sebenarnya sistam.

Cuba kita lihat, kebelakangan ini terlalu banyak kejadian jenayah berlaku di kawasan lapangan terbang.  Sering kali kita dengar rampasan dadah yang besar besar berjaya dilakukan di pintu masuk, ini bermaksud penjenayah melihat pintu masuk negara kita agak longgar.  Kita mementingkan budaya senyum dan lebut serta sopan tetapi penjenayah sering melihat ini sebagai peluang.  Aku walau hanya ada dua pengalaman keluar negara, tapi aku lihat suasana pintu masuk negara itu amat berbeza. contohnya di Jepun walau ada sebahagian menyambut kita dengan senyuman tetapi terdapat juga anggota keselamatan yang berdiri dan sentiasa dalam keadaan sedia tanpa senyuman.  Begitu juga ketika aku tiba di Vietnam kakitangan keselamatan jarang sekali tersenyum atau bersembang tapi di Malaysia?

Runusan aku dalam pekara ini bukanlah soal intergriti semata-mata tetapi ianya berkaitan dengan susunan atau struktur kerajaan sendiri.  Line of command yang jelas dan terang lagi berkesan perlu di lihat.  Mungkin arahan 21 yang telah lama diguna pakai dalam menangani bencana perlu diolah dan diperhatikan semula agar ianya bersesuaian dengan kehendak semasa.  Keupayaan serta kepakaran yang ada di dalam perlu di senaraikan dengan jelas dan diberi keutaman dalam mengembangkan ilmu dan pengurusan ilmu yang paling penting iaitu menurunkan segala kebolehan pakar sediada kepada pengganti yang akan mengambil alih.

Singkapan aku tidak menjuruskan kepada mana isu politik dan tidak terniat untuk merendahkan kreadibiliti sesiapa pun.  Ini semua hanya pandangan peribadi yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan bagi memperbaiki diri kita sendiri.  Akhir sekali yang baik datang dari ALLAH yang buruk itu dari kelemahan ku sendiri.

Sekian.

Friday, October 25, 2013

Cara menjaga bateri Hand Phone

Harga telepon bimbit mencecah ribuan ringgit.  Bahagian yang sensitif yang mudah rosak mungkin adalah skrin dan slot kad sim. Dalam banyak bahagian yang paling penting dan merupakan bahagian utama adalah bateri.  Bateri mungkinlah tidak semahal peranti tapi kalau anda pandai jaga umur bateri boleh sepanjang umur peranti anda dengan tips terbaik dari pembekal.

Langkah yang anda perlu ambil bagi memastikan bateri hand phone anda adalah seperti berikut:

1.   Pastikan bateri serta HP anda jauh dari punca haba yang tinggi seperti didalam kereta, diatas dapur serta alatan lain yang menghasilkan haba tinggi.

2.     Pastikan anda tidak mengecas bateri anda untuk tempoh yang panjang seperti sepanjang malam atau membiarkan bateri bersambung dengan pengecas walau telah penuh.


3.     Gunakan pengecas yang ditetapkan pengilang yang sebenar dan elak menggunakan yang tiruan kerana khuatir  kuasa digunakan tidak sama.



4.      Jangan tunggu bateri habis baru hendah dicas. Mula mengecas apabila vateri sudah mencecah 50 %

6.      Banarkan ruang 2 % kosong atau cas bateri anda hanya 98% penuh.
Semat mencuba....

Keputusan Kes ALtantuya Dan Anwar

Membebaskan 10 orang persalah lebih baik dari menghukum SEORANG yang tidak bersalah.  

Pernahkah anda mendengar ungkapan sedemikian? aku percaya korang jarang mendengar kecuali orang-orang yang terlibat dalam kerja-kerja dan tugas-tugas berkaitan perundangan.  Ungkapan ini juga ada kaitanya dengan keputusan-keputusan yang kita dengar kebelakangan ini.  Dalam bidang perundangan,  samada pendakwa maupun pembela sudah terbiasa dengan keputusan yang tidak menyebelahi mereka.

Sebagai orang awam adakah kita benar-benar faham kaedah yang digunakan? kita sepatutnya tidak 'menghukum' keputusan penghakiman yang dibuat kerana kita tidak tahu keadaan sebenarnya.  Adakah kita tahu apa itu bukti dan apa itu fakta? Penyiasat akan mencari bahan bukti yang cukup, pembela akan membantah bahan bukti yang diguna dan pendakwa akanmenggunakan bukti yang diterima bagi membukti fakta dan Hakim menilaikan kes berkaitan faktor-faktor yang disampai oleh pihak-pihak tersebut.

Hakim, pendakwa, pembela, penyiasat dan juga persalah (yang dituduh) adalah manusia jadi semuanya tidak mempunyai kuasa sebesar kuasa ALLAH S.W.T. yang maha mengetahui.  Sesungguhnya yang maha kuasa sahaja sentiasa benar dan tepat.  Apa layaknya kita membuat keputusan sendiri dengan mendengar sebelah pihak sahaja.  dengan itu jaganlah kita kecewa dengan keputusan yang tidak menyebelahi kita dan sebaliknya memohonlah terus kepada ALLAH sekiranya kita berada di dalam keadaan teraniaya.

Cuba kita amati kisah pengadilan Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman ini:

Nabi Daud telah didatangani oleh dua orang wanita yang merebut seorang bayi, kedua duanya telah mengaku sibayi adalah milik masing-masing.  Setelah dihalusi maka Nabi Daud telah menyerahkan hak kepada wanita yang lebih tua setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Walaupun telah dijatuhi hukuman sedemikian dua wanita muda masih berkeras untuk mengambil si bayi dan dalam keteganggan Nabi Sulaiman A.S. meneluarkan pedang lalu menghulurkan kepada kedua wanita itu lalu meminta wanita itu untuk membelah bayi itu agar dapat dibahagi sama rata.  Mendengar kata Nabi Sulaiman wanita tua terus mengambil pedang yang diberikan untuk melakukan apayang disuruh Nabi Sulaiman.  Walau bagaimanapun wanita yang lebih muda terus menangis dan meraung lalu dengan segera menarik tuntutanya sekali gus merayu Nabi Sulaiman tidak meneruskan arahan yang diberikan itu.
Nabi Sulaiman akhirnya menyedari bahawa ibu sebenar bagi bayi tersebut adalah perempuan muda dan bukan seperti keputusan Nabi Daud,  Nabi Sulaiman menyerahkan  bayi kepada wanita muda itu, kerana seorang ibu tidak akan sanggup membunuh anaknya hanya kerana memntingkan ego sendiri.

 Terdapat banyak pengajaran dari cerita ini:
  1. Seorang Nabi juga tidak lari dari melakukan kesilapan inikan pula manusia biasa.  Cuba anda fikirkan sedalam-dalamnya sekiranya kesilapan yang dilakukan melibatkan nyawa yang tidak berdosa melayang apa pula hukumnya?
  2. Penghakiman perlu dibuat berperingkat dan rayuan juga boleh digunakan dalam penghakiman bagi mengelakan sebarang kesilapan berlaku oleh penhakiman pertama.
  3. Muslihat tertentu adalah boleh digunakan bagi membuktikan sesuatu kesalahan.
  4. Keputusan perlu dibuat menggunakan fakta yang tepat.
Setelah mengkaji pekara ini , aku  berpandangan dalam kes-kes penghakiman yang tidak disabitkan kesalahan bukanlah  isu yang perlu diperbesarkan sehingga menjadi bahan politik.  Pihak penghakiman sudah pasti mengambil kira semua fakta yang ada sebelum penghukuman dijalankan.  Kalau tekanan yang dibuat oleh kita menyebabkan penghakiman yang salah, dan menyebabkan orang yang tidak bersalah dihukum, adakah kita ingin menanggung dosanya?

Memang ada kebenaran sekiranya  penjenayah yang bebas tanpa hukuman akan mengulang kejahatan dan penganiayaan mereka terhadap mahkluk Allah yang lain. Memang benar mereka boleh mengulangi kejahatan tersebut  tapi apakah kuasa kita hendak menilai manusia lain. Apatah lagi kitabukanya ada kemampuan untuk meliha t hati orang lain.  Biarlah ALLAh sahaja yang menentukanya.  Kita hanya perlu berdoa agar kita sentiasa dilindungiNya dari kejahatan yang serupa.


Membebaskan 10 orang persalah lebih baik dari menghukum SEORANG yang tidak bersalah terpulanglah pada pandangan anda sendiri.  Peringatan aku hanyalah .... Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui kita, kita manusia biasa hanya boleh menjalankan tugas masing-masing dengancara yang terbaik dan Hukuman ALLAH di akhirat adalah yang lebih adil dan  lebih berat dari hukuman di dunia  wallahuallam