Sedih bila membaca statment natizen yang mengatakan Malaysia negara yang satu satunya mengawal bunyi motosikal. Kononya satu dunia sedang mengetawakan Malaysia serta JAS sebab buat undang undang sedemikian. Ada juga mengatakan berat sebelah kerana motosikal seperti Ducati Pinagale bunyinya sudah terlebih sedari kilang tidak diambil tindakan. Ada juga segelintir yang memberi alasan sebagai faktor keselamatan.
Sebelum kit abincang panjang mari faham apa itu BUNYI. Kalau nak jelaskan apa itu bunyi mungkin saya perlu tulis sehingga beberapa muka surat, saya cuba jelaskan secara ringkas lagipun saya bukan pakar tapi sempat belajar sedikit, untuk maklumat lengkap anada kena gali sendiri.
Secara amnya bermaksud satu gangguan kepada tekanan molekul udara, Gangguan ini akan mengebabkan berlakunya gelombang dan gelombang ini akan menghasilkan tekanan. Tekanan ini akan masuk ke dalam telinga dan mengerakkan gegendang telinga. Lebih kuat tekanan akan menyebabkan gegendang akan rosak. Dalam bahasa inggeris Noise dan Sound. Noise lebih kepada bunyi bising dan sound adalah bunyi yang biasa di dengar.
Kajian saintis telah menunjukan bunyi disebabkan oleh getaran, Getaran menyebabkan molekul udara bergerak sehingga kepada penerima. Gambarajah dibawah menerangkan lebih mudah berkaitan getaran eksperimen kedua kita boleh lakukan dengan memasukan air ke dalam talam, biarkan ia tenang kemudian jatuhkan satu objek bulat ditengah talam. kita akan dengar bunyi dan dapat lihat ombak berlaku pada permukaan air tadi
Pembentukan ombak dapat di lihat tetapi bunyi tidak dapat di lihat. Jarak antara gelombang tertinggi atau terendah dipanggil jarak gelombang (Wavelenght) dan kekerapan gelombang dalam saat di kenali sebagai frekunsi. Unit bagi frekunsi adalah hertz dan sekiranya 1 hz bererti satu gelombang dalam 1 saat. Bunyi pula disebabkan tekanan yang terhasil dari gelombang ini. bunyi pula di ukur dalam unit db atau decible yang membawa maksud sound pressure. Makin tinggi saound pressure maka semakin bahayalah keadaanya.
Bolehkah anda faham setakat ini?
Selain dari itu kita kena tahu bunyi boleh ini boleh bergerak melalui semua medium kecuali keadaan vacum. Bunyi juga boleh dipantulkan dan akan berkurangan dalam jarak tertentu hukum fizik menyebut tenaga gelombang akan berkurangan 6dB bagi setiap satu meter. Bila mengira jumlah bunyi bising dari dua punca caranya adalah berbeza dari matematik biasa. Bunyi tidak boleh diambil jumlah purata tetapi jadual dibawah boleh digunakan
Sekiranya anda menjalankan satu pemeriksaan bunyi, kadangkala anda mendengar bunyi yang berbeza tetapi bacaanya adalah pada dB yang sama. Kenapa ini berlaku? sebabnya adalah ukuran hanya dibuat pada tekanan bukan jenis bunyi, Telinga manusia boleh menerima dalam frekusi yang tertentu sahaja keadaan semula jadi terdapat pelbagai frekunsi yang terhasil daya penerimaan telinga akan berbeza. Di dalam pengukuran bunyi ada di tulis sebagai dBA, dBC dan dBZ. A, C dan Z menyatakan pemberat kepada pengukuran yang dibuat.
Dalam kajian sains juga memberitahu pendedahan kepada bunyi yang mempunyai tekanan melebihi 90 dBA untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. Pendengaran boleh hilang sedikit demi sedikit dan sekiranya tekanan melebihi 140 dBA akan menyebabkan kesakitan.
Berdasarkan kajian inilah undang-undang kawalan bunyi diadakan dan bukan setakat negara Malaysia tapi di seluruh dunia. Satu perjanjian yang diterima pakai sebarang kenderaan yang dibawa masukatau dibina atau dipasang di dalam sesebuah negara hendaklah mematuhi kehendak perjanjian tersebut. Melalui perjanjian dinamakan Addendum 40: Regulation No. 41 undang-undang kawalan bunyi ini di gubal.
Semua negara di dunia seperti Jepun, Amerika, India, Italy dan sebagainya yang mana ada mengeluarkan kenderaan atau memasang kenderaan serta menandatangani perjanjian ini. Semua akan patuh dengan mengadakan polisi-polisi sendiri dan dinegara kita polisi di tulis dalam bentuk undang-undang.
No comments:
Post a Comment